Aku Masih Disini


Aku masih disini, melalui lorong-lorong gelap yang sepi. Melalui hari-hari mendatang keseorangan. Roomate aku dah balik, orang sebelah bilik aku dah balik. Kini aku hanya bertemankan kepekatan malam yang dingin. Buku-buku dan nota ulangkaji. Keseorangan. Oh Tidak!

Aku rindu tanah tumpah darahku. Sebab masa mak aku lahirkan aku, bukan disini, tempat lahir aku kat Sabah. Ini Shah Alam, kota metropolitan yang tak pernah ku kenali. Penuh dengan orang asing dalam hidup aku. Dan mungkin, sedikit demi sedikit aku  mengenali kota ini. Namun tempat asal adalah yang terbaik!

Kini peperiksaan berbaki 1 kertas sahaja lagi. Namun hati melonjak-lonjak ingin balik. Menghirup udara segar dan nyaman kat kampung aku. Walau tak senyaman dan tak sesegar dulu dek arus pembangunan yang tiada henti. Tanpa kawalan!


Nak melihat wajah emak, ayah, adik-adik aku. Walau aku tak pernah tunjukkan kasih aku pada diorang secara terang-terangan, aku tetap sayangkan diorang lebih dari yang lain.

Rindukan bantal busuk kat rumah, rindukan kucing kat rumah. Entah dah macamana si kucing kat rumah. Makin gemuk ke tak. Sebelum aku pergi, si kucing makin berumur dan makin malas. Dah tua agaknya dia tu. Lagipun dah lama dia bersama dengan kami. Mungkin dah 10 tahun kot.

Entah anak buah aku yang nakal tu dah macamana. Makin nakal ke tak. Entah anak buah aku yang baru lahir hari tu dah keluar gigi ke tak. Aku dah tak sabar nak balik.

Untuk yang terakhir ini, aku akan cuba buat yang terbaik, walau aku tahu kemampuan aku, tapi aku akan tetap mencuba. Walaupun mood dah terpesong sikit, disebabkan diorang yang lain dah nak balik, aku akan tetap kuat. Teguh berdiri di landasan yang aku ciptakan untuk aku lalui.

5 Komen:

anyss said...

Salam,

SabaQ! sabaQ...sabaQ dulu...
Tau rindu nak balik. Tau dah tak leh study sangat dah untuk exam dok tringatkan kucing kat umah...tapi kena study dulu ya. Pas tu boleh balik ;)

ambooyats said...

xsabar mo balik sbh gak ehehe

nor said...

nnti abes sume cepat2 pack barang
pastu chow balek kampong
x pyah tunggu apa dah
:)

Zikri Husaini said...

teruskan perjuangan ..... :-)

Anonymous said...

be suffering with you seen this noteworthy medical site i assuredly liked it and found admissible slender wording