Aku Ketagih Makan Tom Yam Potek!


Dalam dunia ni, ada saja benda pelik-pelik. Nama memang pelik tapi bila tengok,

"ah benda biasa aja"

Siapa kenal Tom Yam Potek? Kalau peminat Tomyam sejati, sure kenal kot. Aku bukanlah peminat Tomyam sejati. Sepanjang hidup tak pernah makan Tomyam. Sebabnya? Aku prejudis dengan Tomyam. Muka nampak macam,

"eh, bukan ada benda special sangat pun"

Ceh! Kau nak special aja dalam hidup. Tak pernah nak merasa benda yang biasa-biasa aja. Padahal hidup pun biasa-biasa aja.

Hari tu aku menendang bertandang tempat akak Sumijelly punya blog. Heh riuh sekampung dia khabarkan apa itu tomyam potek. Aku memang tak kenal pun benda tu. heh. Bila dikhabarkan baru aku faham.

"Oo, Tomyam Potek tu Tomyam yang ada banyak jenis lauk, ada udang, ada entah apa benda lagi"

Baru tau. haha. So petang tu, aku pi la cari gerai jual Tomyam. haha. Tapi yang diorang bagi nama kat sana bukan Tomyam Potek tapi Tomyam campur. heh. Apa ajalah, janji Tomyam. Dan bila aku rasa? Ko tau tak? Menyesal aku tak makan dari dulu! Sedap yang amat! haha

 [ Gambar ]

Lepas makan malam tu, esok petangnya aku datang lagi. Beli Tomyam. Esoknya, aku datang lagi untuk kali ke 3. Bila aku datang, baru aja aku sampai depan gerai tu, akak yang jaga tempat tu kata kat aku'

"Ooo dik, nak beli Tomyam ye"

Haha. Akak tu macam tau-tau aja. haha. Siap dia kenal muka aku lagi. Cis. Malu juga lah. Tapi sebab kehendak perut yang tak boleh blah  ni. Tebalkan aja muka. Dengan selamba aja aku jawab kat akak tu,
"ya kak"

ngehehe

20 Komen:

~ PIJA ~ said...

katenye kat D'tomyam damansara tomyam poteknye sedap..da cube?

hans said...

hahahaha
habis la ko
ketagih

P/S : Nak Buat Panggilan Hangit? Jangan Sampai Aku Hangitkan Kau Pula!

asphaq said...

Oh. First time dengar tomyam tuh.
Sedap ka?

HAZWAN17 said...

tom yam potek?
tak pnh dengar la pulak
kire tomyam campur la eh

Pensel Kontot said...

mcm sedap je...
tp konfem aku xleh makan punye...
huhuhu

hans said...

semangkuk brapa RM?

P/S : Anda Makan Pisang Tapi Pisang Apa Yang Anda Makan? Jom Tengok Pisang!

Nur -al- Ain said...

kat tempat ain tomyam poktek ade ikan, ketam,ayam, daging, sayur dan lain lain..haha.. tak suke sbb ade ikan.. yg ats tu mcm tomyam seafood je..kat tmpt ain tomyam poktek kuah dier pekat skit mcm letak santan.. bleh tahan la..

Nafisa81 said...

suka tomyam biasa2 jer...yg buat sendiri pakai pes tomyam tu...

Nazz@Purple said...

boleh geng ar..

cikgu isza said...

nak malu ape.. bayo tau.. :)

Ms.Lilies said...

muehehehe...
kat umah aku ada delivery dr kedai siam kat umah ni la...power tomyam dia...

lg bertambah sedap sebab free delivery :))

Aduka said...

aku pn suka tomyam..
especially from masakan ori thai tuh..
perghh..

Mohd Shahrul Hafizi said...

Slurppp! Aku dgn tomyam biasa-biasa je.

Yatre Hayati said...

tomyam is super duper delicious. makan dgn nasi puteh dan telur dadar.

Kyuubi said...

@~ PIJA ~
belum laguk. nanti nak cuba gak tpt tu sedap ke x.

Kyuubi said...

@asphaq
sedap yang amat!

Kyuubi said...

@HAZWAN17
yup. katanya tomyam campur. potek tu mungkin nama kat tempat lain kot.

Kyuubi said...

@Pensel Kontot
apasal lak x bleh mkn?

Kyuubi said...

@hans
ala murah jek. rm4 aje. hik3

Kyuubi said...

@Nazz@Purple
hahah. boleh aa..