2 down, 2 to go! How do you like it huh?!


Fasa kritikal semester ni dah pun berakhir hari ni. Lepas ni masih ada exam, tapi yang senang punya saja. So lepas ni mungkin bolehlah relax sikit, tenangkan minda, lepak-lepak sambil minum kopi panas, makan ubipanas.

Teringat kes perang besar hari tu. Kali ni pun perang besar juga untuk 2 paper yang memang buat aku checkmate lah. Susah gila!

Dengan formula yang entah berapa puluh biji nak ingat, belum method nak selesaikan soalan. Tu lain lagi. Memang pening wa cakap lu. huhu. lagipun aku takde asas sangat fizik ni. Kalau yang pernah belajar Thermodynamic tau kot. Tapi lu orang terrer subjek ni, mesti lu orang cakap senang. Tapi tidak bagi aku.

Aku budak pure Biology masa diploma, masuk pula Chemical Engineering untuk degree ni. Memang gelabah la kan. Nah kau, siapa suruh kau mohon untuk course ni.

Tapi bukan salah aku juga. Masa mohon untuk degree, kitorang disediakan 4 pilihan. Aku buat 3 pilihan untuk course yang berasaskan Biology, tapi entah kenapa aku letak 1 pilihan Untuk Course Engineering ni.

Dah rezeki aku kot. haha. Sabar sajalah. Mudah-mudahan aku tak sangkut di tengah jalan sudah la. 


5 Komen:

Amir Izzat said...

salam bang! xpa..insyaAllah...result gempak punya..amin.hehe

amir pun exam gak... semua subjek adalah kritikal..haha

p/s: plajar seluruh Malaysia exam ke? dasyat.. haha

mamawana said...

Selamat study...moga sukses

Hasrol Nizam said...

sama la kita. chem eng jugak.. gudluck la bro..

Anna Boleyn said...

apa apa pon jangan give up dulu kay. :)

suffer8zine said...

pape pun gud lux bro

Terkini : Katak makan tikus