Wayne Rooney Tinggalkan Manchester United

Heboh kelab bola sepak ternama Inggeris, Manchecter United ni dengan pelbagai spekulasi tentang Rooney. Baru-baru ni, Rooney dikatakan tidak akan menyambung kontrak dengan Manchester United yang mana kontrek Wayne Rooney akan tamat pada hujung musim 2011-12.

Antara sebab yang mengaitkan keputusan Rooney ni adalah perselisihan faham antara Rooney dengan pengurus Manchester United, Alex Ferguson. Khabar angin menyatakan selepas skandal seks Rooney terbongkar, pengurus Manchester United dikatakan marah dengan Rooney dan menghukumnya dengan tidak menyenaraikan Rooney dalam kesebelasan utama skuad dalam kempan epl.

Lain pula cerita dalam laman web rasmi kelab epl, Manchester United ni. Dalam laman web rasmi Manchester United, pengurus United, ferguson menjelaskan, Rooney tidak diturunkan atas sebab kecederaan yang dialami oleh Rooney.

Apapun, boss United sudah pun mengumukan bahawa Rooney tidak akan beraksi lagi dengan The Red Devil.

Kelab terbaru yang dikatakan mahukan khidmat Wayne Rooney adalah Manchester City yang dikatakan sanggup berbelanja besar (RM499 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan England ni.

p/s pemain Malaysia takde pun yang nak berebut


8 Komen:

Sharinginfoz said...

man city ada financial muscle nak beli so semakin kukuh le kedudukannya

suffer8zine said...

mak ai, 1 pemain dah berjuta2 harga

aNiS tHe BumbleBee said...

sape je la nk berebut pemain malaysia.letih tgk dorang main.asek kuar padang je bolanye ha.kih3x.

maverick said...

dengar2 fergie nak amek amri yahya ganti rooney...

cik helena said...

walaupun liverpool asik kalah dan terus kalah dis season..saya tetap setia menyokong!!!

hikhik tade kene mengena kan.. :P

Uruchimaru @ kf said...

baguslah beliau keluar...hambe pn skrg dah minat real madrid ...

noor afzan said...

mari kita pikir sama2 camne nak buat orang berebut kat pemain kita.
haha~

Pejuang Kesenian Extreme said...

Manchester city kan kaya..aq sokong sangat2..biar MC naik,MU jatuh..hihi