Wayne Rooney Jadi Pemain Paling Mahal Dalam Sejarah


Kisah Wayne Rooney yang ingin meninggalkan Manchester rasanya masih lagi panas. 5 hari yang lepas, aku ada menulis mengenai keinginan Wayne Rooney meninggal Manchester United. Dan 2 hari yang lepas Wayne Rooney Main Tarik Tali apabila dia yang beria-ia nak tinggalkan Manchester United pada mulanya tiba-tiba menukar fikiran dengan menandatangani kontrak 5 tahun dengan MAnchester United.

Macam pelik juga dengan perangai si Rooney ni. Yalah kan, kata tak nak terus stay dengan Manchester, tapi tiba-tiba pula tandatangan perjanjian. Pada pendapat aku, mungkin dia kecewa kot sebab dia tak diturunkan dalam kesebelasan utama skuad United. Tapi ada juga member bagi pendapat lain. Katanya, Rooney mungkin diberi imbuhan lain jika stay dengan United.


Dan mungkin pendapat member aku tu benar. Tadi masa aku belek-belek akhbar, terbaca berita mengenai Rooney yang pergi bercuti dengan isterinya ke Dubai. Dan dalam laporan tu, rupanya kontrak yang Rooney tandatangan hari tu membolehkan si Rooney dibayar £200,000, bersamaan dengan RM977,238 seminggu?!

Dengan kontrak ni, Rooney jadi pemain yang mempunyai pendapatan tertinggi dalam sejarah buat masa ni!

Mungkinkah Rooney berubah fikiran sebab dia dapat gaji banyak tu? Cuba bayangkan, dalam seminggu 200,000 dollar. sebulan dah jadi 800,000 dollar! Wah! Ada kemungkinan juga disebabkan duit. Tapi, itu semua hanya Rooney saja yang Tahu.

p/s: Di Malaysia ni, siapa yang dibayar gaji RM977,238 seminggu?


3 Komen:

Sharinginfoz said...

kalaulah gaji pemain2 bola kat malaysia macam tu kan

suffer8zine said...

mak ai gaji!!! huhu bila la nk dapat cm ni

Panas!! : <a href='http://goo.gl/TOwP>ENTER</a>

misSbLurRy said...

muka rooney mcm smegol TLOTR