Waktu Tidur Paling Sesuai Bagi Student

Selalunya, jumlah tidur yang paling sesuai menurut semua orang adalah 8 jam sehari. Ada juga yang bagitau kat aku, 5 jam pun dah cukup. dan waktunya? Tentu sekali waktu malam. Takan nak tidur waktu siang, dan bangun waktu malam? Itu zombie! 

Bagi aku pula, waktu tidur yang paling sesuai bagi diri aku adalah 14 jam! lala~ korang jangan hairan. hihi. Aku spesies manusia yang perlukan tidur lebih lama dari korang semua. Sebabnya? Aku pun tak tahu. Dulu masa kat sekolah menengah, aku dipanggil raja tidur oleh member-member sebab asyik tidur saja. Sekarang pun macam tu juga. hihi.

Itu adalah waktu tidur normal. Tapi pernah tak korang tengok waktu tidur seorang student kat universiti? Waktu tidur seorang student adalah yang paling fleksibel! hihi. Rasanya korang semua sedia maklum kenapa aku kata demikian.

Rata-rata student, paling awal pun diorang tidur adalah sekitar jam 2 hingga 3 pagi. Itu kebiasaannya. Tapi ada juga yang tidur lebih awal dari tu. :)

Dan yang paling teruk, tak tidur langsung! Ni adalah kes minggu test, kuiz dan tarikh akhir hantar assignment adalah keesokan harinya. hihi. Asal sampai masa ni, memang sure, confirm korang nampak mata diorang kuyu dan merah. Bukan sebab hisap dadah ye, tapi kes tak cukup tidur.

Kalau buat assignment, tak kisah sangatlah kan. Tapi ada satu sebab lagi kenapa diorang ni tak tidur awal. antaranya adalah;

1. Berlatih menjadi penembak tepat dengan Game Counter strike
2. Berlatih menjadi pemain bola sepak handalan, tapi dalam game Winning Eleven saja
3. Belajar mengatur strategy serangan dengan Dota

Dan kalau terjadi kes seperti ini, jangan hairan kalau student ni tak tidur seharian pada hujung minggu ye. Biasanya hujung minggu adalah waktu tidur marathon. hihi. 

p/s bercakap melalui pengalaman. :)


14 Komen:

Azman Roslan said...

aku pernah tak tidor sebab study tuk exam.. hahah, kerja gila tul la dulu..

noreed said...

teringat mase siap kan thesis dulu 2 mlm tak tido. dah macam zombi jadinyer.

Sharinginfoz said...

itulah pengalaman hidup kan

toyolkiut said...

TK TIDO KUL 12MLM HINGGA 8 PG..
TERLEBIH CUKUP KOT..

Aida Effarina said...

wahh kuat tido ek.. 14 jam? haishh, dah macam baby dah ambik extra waktu tido. =)

Kyuubi_85 said...

@Aida Effarina
haha.. entahlah.. fua pun x tau

Kyuubi_85 said...

@toyolkiut
wah tepat 8 jam.. bagus :)

Kyuubi_85 said...

@Sharinginfoz
yup :)

Kyuubi_85 said...

@noreed
dah terpaksa nak siapkan kerja kan :)

Kyuubi_85 said...

@Azman Roslan
hehe.. sama lah dengan aku

nur choki choki said...

main crazy game sgt addict..
sanggup xtido..

Amir Izzat said...

haha... mmg mereka berlatih bersungguh sungguh..amir sekarang nie pun tido pukul 12..entah mengapa... nak tido awal xpat..tp mata mengantuk..aduhai...

p/s: ketagih on9.

ejaa said...

aku tdo je hentam saja. hehehe.
adoi pening lah jadi student ni. wahhaha gila sudah.

Privacy_Resident said...

Ada lagi. Tak tidur sebab blogwalking! HAHA

MONYET & UKM?