Sifu Aku Dalam Dunia Blog

Masa korang semua mula-mula berjinak dengan dunia blog, siapa yang perkenalkan blog ni dengan korang? Dah kenal pula, siapa yang banyak beri tunjuk ajar kat korang. Kalau tak pun korang jadikan blog diorang sebagai singgahan untuk dapat blogging inspiration?

Masa aku mula-mula blogging dulu, kenal blog sebab sendiri cari dan belajar. Dan mula-mula jadi blogger dulu, aku tak tau apa benda pun. Nak tulis apa aku tak tau, nak buat itu ini dan segala macam yang korang nampak kat belog ni, depa tak tau! Serius aku tipu! lalala~

 Header Yang Mantap!

Blogger pertama yang aku kenal korang nak tahu siapa? Dialah pemilik fitrihadi.com tu. Aku ingat lagi mula-mula aku kenal masa aku nak pasang favicon tu. hehe. Aku pasang pertama kali tak menjadi. Aku komen kat belog lama dia kat fitrihadi blogspot tu. Lepas tu dia lak tolong aku sampai aku dapat pasang favicon tu. Serius aku tak tipu!

Sekarang dah pandai pasang sendiri aku tak lah bergantung pada orang lain selain pakcik google. ehehe. Dan sejak tu, aku jadi silent reader kat belog lama dia tu. Kadang je nak komen. hehe. Dah sekarang pula rezeki dia dalam blog ni pun nampaknya ada baik punya, tukar pulak domain dan hosting sendiri. Itu pasal la aku pun nak jugak, sebab nak ikut sifu! ehehe.

Dan bab yang paling tak boleh blah ialah bab edit-edit gambar. Dia ni memang terrer bab edit gambar beb. Korang tak percaya? Pi la tengok kat belog dia, sekarang! kat Fitrihadi.com! Belog dia memang cool.

Dalam diam, dia nilah sifu aku sebenarnya, aku banyak rujuk belog dia untuk mantapkan lagi belog aku ni. ehehe. Jangan marah ya fit, nanti cepat tua! ahaha

p/s korang lak siapa yang jadi bahan eksperimen rujukan korang?


4 Komen:

Fitrihadi.com said...

wah ingat lagi ek?? saya pun dah samar-samar sebab dah lama sangat.. apa-apa pun thanks sbb still keep in touch...

dan boleh survive sampai sekarang..hebat gak bro ni ..caya lah! :)

Hasrol Nizam said...

yeke..fit ni mmg tak lokek ilmu. aku pun dulu selalu jugak pergi blog blogspot dia tu. :D

Pendapat anda?
First time makan laksa johor

FaTiN said...

blog fit? Selalu jugak baca. blog yang saya admire adalah blog arianna bvlgarigirl tu=p

never drop a single comment pun kat blog dia. just being a silent reader hehe :)

Sya Isya said...

siapa ek, blog sifu Sya. Ramai ni, sebab cilok ilmu A sikit, cilok ilmu B sikit. Sana sikit, sini sikit.