RM143.02 Juta 2 Minggu? Cayalah facebook!

Sebut saja facebook, memang semua orang kenal. Sampai budak sekolah rendah, mahupun kanak-kanak kecil pun tau facebook ni. Baru-baru ni, Filem The Social Network, yang menceritakan sejarah penciptaan facebook dilancarkan kat Eropah. Hari tu Aku ada tulis mengenai filem The Social Network dalam entri ini. Tapi macam tiada orang berminat je nak tahu. Minat nak main facebook je kot.

Tapi bila aku baca newspaper, rupanya filem kisah facebook, The Social Network ni dah 2 minggu menduduki carta tertinggi kat Amerika Utara dengan kutipan sebanyak RM143.02 juta! Fulamak, memang diorang jugalah yang paling top. Baru 2 minggu tayangan dah dapat RM143.02 juta. Belum lagi sampai 3 minggu. hihi

Kat Malaysia, filem ni akan ditayangkan pada 11 November 2010. Kita tengok orang Malaysia minat tak dengan The social Network ni. Berapa saja yang mampu dikutip kalau filem ni keluar kat panggung wayang kat Malaysia ni. Aku menang teringin nak tengok filem ni. huhu. Harap berkesempatan nak tengok. Kalau tak pun, main download secara haram je kot. haha.

p/s Filem Malaysia ada ke yang pernah sampai RM143.02 juta dalam 2 minggu?


7 Komen:

nur hidayah isa said...

hoho catat sejarah kalo filem malaysia dapat kutipan camtu...

FarhanaDr said...

Mak aih.. Tinggi gak tu ye..

Jard The Great said...

hehehe.. friendster dah dilupakan

tehr said...

nanti ada penerbit malaysia buat filem bertajuk 'RM14302 Dalam 2 Minggu'
hehehe - itu je harapan

suffer8zine said...

mak ai!!!! banyak!



terkini : jom ping sampai pecah!

maslinamansor said...

ala... sebab justin timblake berlakon... mesti la kutipan tertinggi...

Fitrihadi.com said...

filem malaysia takde nak dapat kutipan banyak tu sebab bilangan rakyat malaysia sikit je..tak macam rakyat amerika berlambak-lambak macam batu tepi jalan hahaha

aku minat gak cerita yang ada kaitan dengan teknologi ni..mesti tengok ar nanti