Planet Menyerupai Bumi Ditemui

Wah ada planet baru ditemui yang dikatakan menyerupai bumi. Sepasukan saintis yang diketuai oleh ahli kaji bintang dari University Of California dan Carnegie Institution of Washington mengumukan penemuan ni. Diorang kata, Planet menyerupai bumi ni adalah sebesar saiz bumi dan beratnya 3 kali ganda berat Planet Bumi.

Gambar Dipetik Dari sini

Planet baru ni juga didakwa oleh saintis ni, boleh menampung kehidupan kerana didakwa mempunyai sumber asas untuk kehidupan seperti udara, dan air serta suhunya yang sesuai untuk kehidupan. Penemuan ini adalah hasil daripada pemerhatian selama 11 tahun oleh kumpulan saintis berkenaan.

Wah, kalau benar dakwaan diorang ni kan, ada peluanglah kita nak melancong kat angkasa nanti kan? Atau macam dalam cerita star wars ke, mengembara ka angkasa. Dan kalau betul la benda ni, memang tak lama lagi Bumi yang kita tinggal sekarang ni akan musnah. Sebabnya? Dah ada tempat baru yang boleh manusia pergi, so mesti tak mensyukuri apa yang ada sekarang ni. haiya.

So, Apa pendapat korang pula? kalau benar benda ni, ok ke tak?

5 Komen:

~eZmALiZa~ said...

wah..hebat !! :)

cikgu isza said...

kadangkala akak terfikir..
bila melihat sains.. berpandulah al-quran..
tapi ramai yang cuba menidakkan apa yang termaktub..

rahsia alam... hanya Allah yang mengetahui..

Kalamhati said...

Subhanallah..

tehr said...

tak mahu aku ke sana
bumi adalah tempat terbaik untuk semua makhluk
samada bernyawa atau tidak

toyolkiut said...

bnyk lg kot planet2 ajaib d luar angkasa..
tp saintis2 dan kita je lum ckup ilmu nk nmpk semua tu..