Penyakit Lupa-Lupa Ingat

Bila otak beku, sure takde benda nak tulis. Tak update la blog ni. Kalau update pun merapu entah takde maknanya entri yang ditulis. Sekadar untuk memuaskan nafsu seks untuk menulis dan yang penting istilah update blog tu dapat dipenuhi. Betul atau tidak? Korang sendiri lah yang tentukan ya. Aku tak pernah. hihi. Dan paling tak boleh blah, bila otak kering takde idea, senang je bukak news online, copy paste berita yang dirasakan hangat untuk dijadikan bahan untuk update blog. hehe.


Muka tekanan, tapi masih mau control macho. hihi

Tapi yang paling bengang, bila korang tengah jakan kat luar, atau tengah sibuk, bila teringat blog, idea datang mencurah-mencurah untuk update. Tapi bila sampai depan komputer, bukak blog dan bersedia untuk update, idea tiba-tiba hilang entah kemana. Bengang ke tak? Aku tak bengang, aku relax je. haha.

So, kalau korang selalu menghadapi simptom yang aku panggil lupa-lupa ingat ni, aku nak sarankan agar korang bawa nota kecil kemana saja korang pergi dan sediakan juga sebatang pen. kegunaannya? Untuk menulis tajuk entri yang tiba-tiba muncul dikala korang tak berada depan laptop atau tidak berada dalam keadaan yang membuatkan kita sempat nak curahkan idea tu. hihi

Sebagai seorang blogger, kenalah bersedia setiap masa kan, kot idea datang tiba-tiba. Kamera yang besar berat tu korang sanggup angkut ke hulu ke hilir, kenapa pula nota kecil korang tak sanggup nak bawa ke sana kemari?

p/s Aku selalu mengalami simptom lupa-lupa ingat ni, sebab tulah memerlukan sekeping nota kecil untuk merekod idea yang datang tanpa diundang. hihi


7 Komen:

Azman Roslan said...

sama la kita, heheh...

Snoop said...

haha... sempat lagi cover kata cool..
kalau nizam bila sampai je laptop idea hilang mmg bengang la sekali.. hehehhee..
mmg ptt bawa nota tapi lau bawa tp malas nak tulis mcm ane plak tu..??
ahahha

maslinamansor said...

se geng la kita... lupa2 ingat.
Bila dok depan PC terus blank!!!!

Kalamhati said...

betul tu..nota kecil mesti dibawa kemana2..sy biasa taip kt note hp je..hehe senang tp terhad la,,utk yg pendek2 je ok la

velasrizal said...

mmg penting kena ada buku nota kecik kan..

Rezeki Dari Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri !

zai said...

senang cite, takder ketas, takde pen..handphone kan ade, yg pakai bb, iphone tu haa lg la senang..idea mencurah je type, then save..kan tak der simpton ingat2 lupe

noreed said...

ada petua ckp kalo takmo lupa, jgn minum/mkn benda yg ada semut. x pasti petua ke? atau menurut Islam.