Bakal Pengantin Hilang Ditemui | Rozaliya Mat Lazim

Berita kehilangan bakal pengantin Rozaliya Mat Lazim terjawab bila dia ditemui oleh pasukan polis di kawasan Bukit Bintang, ibu negara semalam (Rabu). Macam-macam berita yang aku dengar mengaitkan kehilangan Rozaliya. antaranya adalah penglibatan tunang gadis ni, Mohd Hilmi Mohd Nor dan juga seorang peminat Rozaliya,  Amir, seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi berasal dari Batu Berendam.

Tapi semuanya terungkai selepas penemuan Rozaliya Mat Lazim di Kawasan Bukit Bintang di ibu negara. Dia juga sempat bekerja selama 2 hari di sebuah kedai serbaneka sebelum disedari oleh penyelianya bahawa pekerjanya tu adalah orang yang dilaporkan hilang.

Rozaliya dikatakan enggan meneruskan perkhawinan yang dirancang pada 12 November tahun ni (2010).

Jadi maksudnya semua spekulasi berkaitan gadis ni sudah pun terjawab. Tiada siapa pun yang terlibat dengan kehilangan gadis ni. Dia sendiri yang menghilangkan diri. Dan sms yang diterima tunangnya tu juga mungkin adalah rekaan gadis tersebut.

Aku tak faham juga, kalau ada masalah, kenapa tak bawa bincang dengan keluarga dia. Bagitau tak nak kahwin sudah. Kan senang. Ni sampai nak susahkan semua orang. Sampai 1 negara fikir dah jadi macam-macam. Nak tuduh menuduh salah siapa. Dah heboh 1 Malaysia.

Mungkin tekanan kot dengan perangai tunang dia tu, tapi takan sampai nak buat macam tu pula kan. Dah jadi bahan berita. Kalau aku, mesti malu ah. So lepas ni, sebelum nak buat apa-apa keputusan, sila berfikir masak-masak kesan dan akibat perbuatan kita tu.


4 Komen:

zul efron said...

mungkin ini maksudnya semangat 1malaysia.

noreed said...

huhuhu, 1 Msia cari dia. Boleh dia relax jer kerja kat KL ni. adoi..

suffer8zine said...

cun kan awek tu..fuhhh, mybe dipaksa kawin kot tu yg lari.


Terkini : Pancing ikan piranha gergasi

NuR 'aQiLaH said...

x malu. nak komen la neh. ekeke

oke. gua syak pompuan tu sesaje propa.
nak carik publisiti bikin pemes. wakaka.
*kejam*

p/s: nak 20sen :P