Nuffnang Sponsored Post Yang Terpaksa Ditolak


Mungkin benar sesetengah orang kata, When you least expect it, opportunity arises right in front of you.

Aku bukanlah blogger yang hebat, punya ramai pengunjung beribu riban macam yang lain. Kualiti penulisan pun macam melepas batuk di tangga. Kadang mengharap berita sensasi untuk meraih trafik yang tidak seberapa ke blog.

Tidak juga pernah terlintas di fikiran, nuffnang akan bagi peluang untuk blogger picisan macam Blogger 20 Sen ni untuk merasa sponsored post yang diidamkan semua blogger yang bernaung dibawah nuffnang.

Namun kadang-kadang, peluang hadir  tanpa kita undang, tanpa kita dijangka. Terkejut beruk aku semalam bila menerima email Dari Nuffnang bertajuk opportunity for exclusive sponsored post for KK nuffnangers. Yalah, kan aku asal KK Sabah.

Hati terdetik, betul kah nuffnang nak bagi aku peluang untuk menulis sponsored post? Peluang dapat Buffered Ads Berderet pun aku dah cukup bersyukur even aku tak dapat maximize earning tu. Inikan pula sponsored post?  Balik-balik aku baca email tu. Jemputan ni pun limited, So maksudnya yang terpilih dan terawal kot yang akan dijemput. Tapi apakan daya, peluang tersebut aku harus tolak. Sebab aku ada komitmen lain untuk dilaksanakan.

Xpax akan membawakan Stopmin’ Sabah di Jesselton Point  pada 6 November 2010. So, nuffnang nak jemput nuffnanger yang dapat datang event ni untuk datang dan blog pasal ni. Memandangkan aku asal Sabah, mungkin sebab itulah diorang bagi offer ni. Rasanya, ramai juga blogger yang bernaung dibawah nuffnang dari Sabah yang dapat jemputan ni.

We are offering sponsored post opportunities to Nuffnangers who'll be able to attend the event and blog about it, and also tell their friends about it on Facebook/Twitter

Event tu berlangsung pada 6 November 2010, jam 9 malam, iaitu pada malam exam aku yang ketiga (3). Dan masa tu aku masih lagi kat Shah Alam. Jadi nampaknya, terpaksa aku menolak niat baik nuffnang kali ni. Kalau saja masa dan tempat tidak membataskan keupayaanku, sudah ku sambar peluang ni.

Tapi, mungkin yang ni bukan rezeki aku lagi. Sabar sajalah

Kadang-kadang peluang hanya datang sekali je seumur hidup. Jadi kita mesti hargai setiap peluang yang ada.  Tapi kali ni aku harap peluang macam ni akan datang berkali-kali


13 Komen:

noor afzan said...

ruginyaaa..
haha!

tapi kalau ikut prinsip, sayapun tak ambil kot.

munna said...

alahai...mungkin belum rezeki kyuubi dengan nuffnang lagi agaknya...

darkbatman said...

sygnyaa...xpe rezeki sentiase ade.. maybe akn lebih byk pasne..keep it up!

Azizwan said...

aku pun dapat advertorial ni.. siap diorg telefon lagi. huhu.. dan sama mcm bro, aku pun terpaksa tolak dgn berat hati.. takpe, mungkin ada yg lebih baik next time..

Azman Roslan said...

mungkin ada peluang di lain hari..

Fitrihadi.com said...

erkk rugi tu..bukan senang dapat peluang pergi event nuffnang..

Kyuubi said...

@Fitrihadi.com
aha, tulah. rugi kan? apapun harap ada peluang mcm ni lagi lain kali. uhuhu

Kyuubi said...

@Azman Roslan
diharapkan begitulah. huhu

Kyuubi said...

@Azizwan
rasanya diorg ada kol aku gak, tp hp aku rosak, so tak masuk kol tu..huhu

Kyuubi said...

@darkbatman
hehe. semua org pun harap rezeki pun bertmbah kan? arap mcm tu jugalah :)

Kyuubi said...

@munna
mungkin kot. kalau tgk hits harian pun msh x layak lagi. huhu

Kyuubi said...

@noor afzan
apasal akak x ambil? pasal event mlm ke? aku ok je.. hik3

Sumijelly said...

emmm..... bab bila nak kene attend dn blog tu yg lomah kaki...

sbb nak kene g attend la tak suka , susah la nak kuar memalam...maklum la.. 3 hero lagi kan?? eh.. silap 4 hero...hahaha

Sumijelly.com