Makcik Boleh Tak Jangan Pakai Tangan Bogel

Kalau cakap bab makanan, aku memang sangat cerewet. Kalau nak makan kat satu tempat tu, mesti aku tengok sekeliling apa yang ada, bersih ke tak tempat tu. Pekedai dia bersih atau tidak. Kalau tak bersih, memang selera aku hilang. Tak pun memang sure aku blah le cari tempat lain.

Kecerewetan aku ni pun dipersetujui oleh cik awek. hihi. Aku bukanlah nak cari makanan yang sedap ke apa, tapi nak cari tempat yang bersih beb. Korang berselera tak kalau makan kat satu tempat yang tak bersih, dengan bau dapur yang tak pernah dicuci. Aku memang sure hilang selera makan. Walau makanan sedap macamana pun, selera tetap lari.

Ok fine, aku nak cerita pasal makcik seorang ni yang menjual nasi lemak. Entah kenapa akhir-akhir ni aku suka sangat makan nasi lemak yang diorang jual. Sedap beb. Sangat sedap. haha. Even jual kat tepi jalan je pun. Tapi tetap sedap. hihi.

Gerai diorang ni ada 5 orang yang menjaga semuanya. 4 lelaki, seorang makcik. Pernah sekali  masa aku beli nasi lemak kat gerai diorang, makcik tu yang jaga. Aku fikir, makcik yang jaga mesti bersih punyalah. Aku yakin.

So, dengan yakin aku pegi tempat makcik tu;

Aku: makcik, nasi lemak 1. lauk begedil ya.

makcik tu pun teruskan la kerja dia sediakan pesanan aku. Dan tanpa aku sangka, makcik tu ambil lauk begedil tu dengan menggunakan tangan bogel, atau dalam bahasa orang puteh, naked hand. Betul tak aku translate tu? Ke salah? Ah lantak lah! Yang penting, aku geli tengok makcik tu ambil lauk tu menggunakan tangan bogel!

Kalau makcik tu pegi tandas sebelum datang berjualan? kalau dia dah basuh tangan tu, ok juga kan? Kalau tak?! Korang fikirkanlah apa yang ada ditangan dia tu. aku dalam keadaan blur dan geli+menyampah diam je sambil bayar harga makanan dan berlalu dari situ.

Sejak hari tu, aku tak pernah pesan makanan dari makcik tu even aku tetap beli nasi lemak kat tempat diorang tu. Dan dari apa yang aku tengok, makcik tu tetap dengan ilmu tangan bogelnya tu. hish.

Lepas cerita, baru aku perasan, mungkin aku patut letak tajuk tu "makcik, boleh tak masa nak ambil makanan tu jangan pakai tangan bogel" Tapi terlalu panjang, kang korang bingung pula. haha


6 Komen:

cikgu isza said...

takpelah juga.. sekurang2nya dia seagama..

ni akakk tgok orang kita selamba jer beli roti yang diuli oleh gadis kulit putih gebu tanpa alas..

aduhhh..

suffer8zine said...

aiseyyymannn tgn bogel :P

Kasi Pecah :P

Yatre Hayati said...

hoit hoit..abes a kau. kalau makcik tu korek hidung mcm mana ???
agaknya tu yang kau sakit perut haritu..hahah

mamawana said...

Masak nasi lemak sendiri, masak semua sendiri. Kawen suruh bini dok umah masak sedap2. Heeee..

Anna Boleyn said...

heheh boley tahan cerewet gak ek. tak sngka ada laki cerewet macam ni bab makan. anna cerewet jugak cuma tang makanan tu je. mesti nak yang panas. takmo yang sejuk. ada orang tak kisah.. hehe

p/s : 2 hari ni anna boleyn happy sangat sebab :

2266 pageviews with 1145 unique visitors for Hana Love Nest! :)

noor afzan said...

hai ubi..

jenguk.
ada entry khas tuk blog2 kesayangan noorafzan that include kamu.
terima kasih!