Kalau macam Ni Susahlah

Kerajaan dah naikkan harga Minuman keras dan rokok. Nampaknya banyak pihak akan marah dengan Perdana Menteri dan kerajaan pada umumnya apabila kenaikan harga ni dilaksanakan. Niat kerajaan baik Sebenarnya, namun si penagih arak dan rokok ni tak tahu nak berterima kasih dengan niat baik tu. Kan benda tu haram?? Kenapa nak marah kan?

Tapi langkah ni rasanya tak dapat membendung masalah ketagihan rokok dan arak dikalangan rakyat Malaysia. Mana taknya, kalau harga pasaran untuk barangan rokok dan arak ni naik, industri penyeludupan pula bermaharaja lela.

Terbaru dalam berita kosmo yang aku baca, Pasukan Gerakan Marin (PGM) telah merampas rokok pelbagai jenama dan minuman keras bernilai RM1.8 juta dipercayai diseludup masuk ke Tawau Sabah.

Ni baru sikit beb. Rasanya banyak lagi yang berlaku tapi diorang tak jumpa dan tak dapat tangkap.


4 Komen:

suffer8zine said...

mujur den x merokok,

Sharinginfoz said...

rasanya kalau diharamkan terus macam mana?

zai said...

bagus jugak gov naikkan harga utk rokok+minuman keras

tapi, tak rasa ke usaha gov akan sia-sia, if perokok tegar. naik p lah harga tinggi mana pun, beli tetap beli.mana boleh tinggal benda yang dah sebati dgn hidup dorang.

Amir Izzat said...

bagus pe..lain kali..naikkan harga setinggi mungkin..baru betul..kna? ini tidak..naik sikit2..baru pdn diorang... :)