Filem Terbaru 2010 - Red

Banyak filem baru dari Hollywood akan dikeluarkan tahun ni (2010) dan penghujung tahun ni ada beberapa buah lagi filem baru akan dikeluarkan. Dan filem terbaru yang dijangka akan ditayangkan ialah Red, lakonan mantap Bruce Willis, Helen Mirren, Morgan Freeman, Mary Louise Parker.

Filem Red ni dikategorikan dalam genre Aksi komedi dan masa tayangan selama 111 minit. Aku dah tengok trailer filem ni, dan rasanya mesti best. Tambah pula barisan pelakon filem Red ni semuanya hebat-hebat belaka.


Filem ni dijangka ditayangkan pada 15 Oktober di eropah manakala tayangan untuk Malaysia adalah pada 21 Oktober 2010. So, pada kaki wayang, sabar dan simpan duit korang untuk filem ni!

Sedikit synopsis filem red ni, Frank (Bruce Willis), Joe (Morgan Freeman), Marvin (John Malkovich) dan Victoria (Helen Mirren) adalah bekas ejen rahsia CIA. Namun disebabkan mereka ni adalah bekas ejen terbaik dan banyak rahsia yang mereka tahu, mereka menjadi sasaran agensi berkenaan untuk dibunuh.

Untuk melepaskan diri, mereka terpaksa berkumpul semula dan menggunakan segala pengalaman dan kelicikan yang dimiliki. Dan untuk menghentikan operasi menjejaki mereka, kumpulan ni terpaksa memecah masuk ke ibu pejabat CIA, satu usaha yang nampaknya akan menjadi sia-sia. Berjayakah mereka? Nantikan kemunculan filem ni Di pawagam!

Namun, Sebelum kemunculan filem ni di pawagam, aku nak sajikan dulu trailer filem red ni untuk tontonan anda, jom layan trailer filem ni!

8 Komen:

suffer8zine said...

mcm best je ni!

Azman Roslan said...

nak tengok.. tapi takde pawagam kat sini, huhu..

Hazzy Ishak said...

hero veteran...
hehe

Ciklinn said...

wahh mcm best ni.. pelakon pun hebat2

toyolkiut said...

kla hero dia si dia tu..
mesti la best..
tunggu vcd kuar je..

anyss said...

Salam,
Fuhhhhh mesti adegan tembak2, lari2, letop2 banyak ni...leh gugur jantung ;)

Anonymous said...

HUH! ape la blog awak ni. sampah giler

Kyuubi_85 said...

@Anonymous
huh? Mcm sampah ke? sorry lah aku baru je belajar manulis. Template pun wa main bantai je buat. lala~ Sila beri tunjuk ajar pada wa.