Dah Memang Aku Macam Ni

I'm just not in mood today. Masalah sentiasa datang. Hati sentiasa sakit. Walaupun mengharap untuk menikmati suatu kehidupan yang gembira, namun tidak pernah kesampaian hasrat itu. Dem untuk semuanya.

I'm just tired with my life. Cik Zai pernah kata kat aku, What a boring life you have. Kawan aku pun pernah juga bagitau macam tu kat aku. Hidup aku ni bosan katanya. Hidup aku ni sangat membosankan ke? Adakah aku ni sangat membosankan? Sampaikan Cik Awek pun pernah kata. ah awak ni bosanlah!

Entahlah. Aku dah memang macam ni. Nak buat macamana. I just want to live a simple life. Tak suka keluar jalan-jalan kerap sangat. Tak suka tempat ramai orang. Rimas dan bising la. aku lebih suka duduk dalam rumah. menghadap laptop or tv. Berehat dan tidur.

Nak clubbing? Berparti sakan? Aku tak minatlah. Even keluar dengan member kadang aku malas. Bukan tak suka dengan diorang, tapi memang dah sifat aku macam ni. Tak suka bersosial sangat.

Nak bersosial kat facebook? Twitter? tengoklah jumlah frendslist dalam facebook tu. Baru nak sampai 100 lebih. Orang lain dah nak sampai seribu. Online facebook? 15 minit sehari dah cukup.

Entahlah, aku memang macam ni.


4 Komen:

suffer8zine said...

ala biase labro, lain org lain cara, jnji kite sng ngn cara kite sudah

toyolkiut said...

TK xpunya fesbuk jg twiter..
TK jg xpunya rmai kwn..
tp TK jmpe client br hari2..
mcm2 crita, mcm2 ragam..
xde la bosan sngt..
idup perlu d teruskan..

hakimfaridzul said...

tu live kau, chill je la..
kau lebih faham untuk corak hidup kau sendiri!

jangan peduli la cakap orang!

anyss said...

Salam,
Dah "aku memang macam ni" nak buat macam mana lagi...bukannya jadi penjenayah negara, makhluk perosak atau gengester yang boleh ancam keselamatan negarapun.

Bosan bagi orang, kalau dah memang fun untuk kita...apalah sangat. Kita yang pilih haluan kita sendiri, selagi tak terjerumus dalam bab2 jenayah dan haram...teruskanlah. Itukan diri kita sendiri.

Tak kan nak jadi orang lain semata2 nak senangkan hati orang lain. Hati sendiri macam mana? Asalkan jadi diri sendiri...dan suka jadi begitu, nak kesah apa dengan apa yang orang kata ;)