Contest Review Blog Dauspozi.com

Rasanya dah lama kot aku tak masuk mana-mana contest. Malas punya pasal. haha. So demi nak buang rasa malas tu, kali ni aku join la contest blog hijau ni. Hah! siapa tak kenal blog hijau ni sila angkat kaki! kih3

Kali ni dengan bangganya aku akan review blog hijau Dauspozi.com ni sempena contest review blog dauspozi.com. Walaupun rasa macam tak layak je. hihi

Ok benda pertama yang memang tak boleh blah ialah slogan blog ni "Ingat Hijau, Ingat Daus" haha. Memang sure ingat punyalah. aku kenal blog ni masa Gengblogger masih aktif dulut tu hanya dengan slogan ni saja. Syabas Beta!

Template

Ok, kita belek-belek pula template blog ni. Dah slogan main hijau-hijau, template pun memang hijau. Siapa yang minat hijau mesti terkinja-kinja masa baca blog hijau ni. betul tak? Korang jangan nak tipu pula. haha. Warna hijau ni nampak serasi dalam blog ni. Tapi mungkin boleh pelbagaikan sikit warna tu daus. Hijau biasanya matching dengan kuning, so apa salahnya letak kuning sikit ke, warna lain. Supaya blog nampak ceria. :)


Header nampak simple je dan lawa. Tapi nampak serabut sikit. aku tak pasti apa yang buatkan header ni nampak serabut. Mungkin boleh remove perkataan-perkataan kecil kat bawah tu kot. Tak pun bagi perkataan tu warna terang sikit. :)

Dan lagi 1, aku tak jumpa pun blog archieve blog ni. Ataupun page navigation. Susah nak baca entri-entri lama. Mungkin ada sebabnya daus tak letak blog archieve tu. Tapi mungkin lebih senang kot orang nak baca post lama dengan blog archieve berbanding post label je.

Entri-Entri

Ok kali ni kita tengok entri pula. Banyak informasi, review filem dan juga personal blog daus ni. Namanya personal blog kan. Biasalah. Lagipun aku suka gak kalau banyak info. Mesti banyak info menarik blog ni kan. hah, korang tengok follower blog ni dah mencecah seribu! mak ai! aku punya dah setahun blogging baru nak sampai 300. huhu

Gaya bahasa santai yang digunakan juga membuatkan pembaca tak pening kepala baca blog ni. Senang je nak faham isi tersirat dan tersurat. ehehe

Loading page? Aku tak guna speed test tu. Aku guna beruk celcom 512 kbps tak ada masalah masa loading. Syabas beta!

Keseluruhan

Keseluruhannya, aku berpuas hati dengan prestasi blog ni. Teruskan usaha dan selamat maju jaya! Majulah sukan Untuk negara. ekeke. (gaya macam reviewer profesional)

So pada siapa-siapa yang teringin nak join contest ni, meh ramai-ramai terjah sini! Hadiah pun best gak ni.Boleh menang domain untuk setahun. Siapa yang teringin nak pakai domain sendiri, cepat la join. Manatau nasib korang nak pakai domain sendiri tahun ni. :)

Contest Review Blog Dauspozi.com ini ditaja oleh Ihosterz, Yanmie, Mantra, Che Noorazma, Noridah, Fareed Sairi dan Yiedpozi.

5 Komen:

suffer8zine said...

gud lux bro!

toyolkiut said...

TK lum pnh lg jnguk blog tu..

maisyara Pot! Pot! said...

hehe... gudluck bro! ngeee^^

AnWaRnAiM said...

gudluck bro :)

Azizwan said...

nak ucap gud luck jugalah :D