Cara Mudah Untuk Dapat Duit?

Selama aku hidup 25 tahun kat atas muka bumi ni, dalam lebih kurang setahun aku cuba cari cara buat duit paling senang. Yang tak perlu berusaha banyak. Duduk di rumah saja dan duit masuk tanpa henti. Dan hasilnya? Cara untuk buat duit? Aku tak jumpa pun apa cara yang paling senang nak dapat duit. Aku dah search kat internet. Dan banyak yang menjanjikan pulangan yang lumayan dan senang. Itu hanya mukadimah. Bila dah start betul-betul, barulah kita tahu betapa susahnya nak cari duit. Takde cara senang oi. Semua bergantung pada usaha.

Dan demi duit jugalah ramai antara kita yang menulis blog meletak iklan nuffnang kat blog. Demi nak dapat duit sampingan disamping berblog.

Tapi yang tak best bila ada orang buat klik fraud. Hari tu dah heboh semua blogger pasal klik fraud ni. Aku rileks je biar pun aku dapat email juga dari nuffnang. Sebab semua blogger dok tulis pasal email nuffnang tu. Dan bila dah beransur reda, semua orang dah lupa kot.

Inilah masanya aku pula nak ingatkan kepada semua, janganlah buat klik fraud ni. Tak baik menipu. Kalau nak duit lebat, pi la cari kerja kat luar. Duit lagi lebat masuk poket daripada buat klik fraud 20 sen 1 klik. Apa yang kita dapat?

Kalau nak Buffered earning yang lebat, pi la blogwalking rajin-rajin biar meletup unique visitor tu. Barulah buffered earning pun berani lekat kat blog. ya tak? Tak pun survey nuffnang tu buat betul-betul. anggaplah kita tengah mohon kerja dengan diorang.

So, ingatan sekali lagi. Jauhi Click Fraud! Pandu Cermat jiwa selamat!


1 Komen:

Uruchimaru @ kf said...

lagi satu..mulut kena MANIS.....hehehe..