Apa Kes Jadi Blog Lucah

Rasanya jarang aku tulis pasal blog ni, keyword yang masuk dan visitor berapa kan. Yalah, blog baru. mana ada pencapaian yang boleh dibanggakan sangat. Lain lah macam korang yang dah jadi guru SEO, kalau cakap macamana nak tingkatkan visitor dari search engine, memang terror. Hit setiap hari melambung-lambung. Aku? Tak payah cakap.

Ok, ini kes awal pagi. Bila online je, buka nuffnang nak la kan tengok pencapaian blog semalam. Biasalah. macam korang tak biasa kan? hihi. Bila aku tengok referral yang masuk yang tolong bagi traffic pada blog ni, mak ai. Mau tak terkejut aku.


Ini adalah antara penyumbang traffik untuk blog ni. Apa kes ni jadi lucah pula? Kalau just perkataan macam seks ke, bogel ke atau yang biasa-biasa aku tak heran la. Tapi yang ni, twitter bogellucah? Bila aku check akaun twitter ni, memang sah! Milik seorang blogger Indonesia yang menulis blog lucah!

Takan lah hanya disebabkan oleh makcik yang menggunakan tangan bogel ni kot. hish. Hei mamat, terima kasih atas trafik kau bagi kat aku, tapi kalau lu nak tulis blog lucah, jangan kau libatkan aku. Ini bukan blog lucah. Sikit-sikit adalah, tapi masih sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat!


2 Komen:

suffer8zine said...

alahai, mcm2 dah cara skg yg digunakan untuk tarik traffic :P

Terkini : Maut berebut remote TV

cikgu isza said...

tak kisahlah kann.. asal kita takde tulis cerita gitu2 sudahh