Aku Gembira Dalam Kesedihan

Andai seseorang itu tersenyum, adakah korang akan kata; "Oh, dia tengah bergembira"
Atau andai seseorang itu menangis, adakah korang akan kata; "Oh, dia tengah bersedih"

Dunia ini tidak seindah yang kita sangka. Tidak semudah yang kita impikan. Ada saja dugaan yang dilalui. Ada saja laluan berduri yang harus diharungi.

Sewaktu masih kecil, tiada benda yang kita tahu. Tau makan dan main saja. Tidak pernah faham erti kesedihan. Tidak faham erti kesusahan dan kesengseraan. Tidak pernah merasa susah walau secubit pun. Yang kita tahu hanya ada beberapa benda; main, makan, rasa sakit dan menangis.

Bila tidak mendapat benda yang kita mahukan, mulalah menangis meraung-raung. Lepas dipujuk sejam dua, barulah tangisan itu reda. Ibu bapa dan rumah, itulah dunia yang kita tahu. Bila umur semakin naik, kita mula merasa banyak perkara. Bercinta, kekecewaan, kegagalan dan macam-macam lagi yang tidak pernah terlintas dalam fikiran.

Dunia pari-pari yang kita impikan macam dalam filem Cinderella sebenarnya tidak pernah wujud! Kegembiraan mutlak tidak pernah kita kecapi! Kita mulai merasa kesusahan dan kesengsaraan. Dan merasai betapa hidup ini begitu susah, penuh dengan liku. Penuh dengan penipuan dan kesengseraan! Kegembiraan mutlak hanya ada dalam filem dan novel!

Sewaktu zaman kanak-kanak, kita teringin sangat untuk jadi dewasa. Entah kenapa, tapi setahu aku, dulu aku nak jadi dewasa sebab aku boleh buat apa saja yang aku suka. Tidak perlu mengikut telunjuk orang lain. Tapi setuju tak korang semua, rata-rata kita teringin untuk kembali menjadi kanak-kanak. yang tidak tahu apa-apa tentang kehidupan, yang tidak mengerti apa-apa tentang kesusahan dan kesengsaraan. Ingin lari dari semua masalah yang kita hadapi.

Dan buktinya, banyak sekali orang yang mengambil keputusan untuk menamatkan sendiri nyawa mereka dikala mereka menghadapi bebanan hidup yang berlebihan. Mungkinkah, sewaktu malaikat maut datang menjemput, mereka insaf seketika dan menyesal mengambil keputusan sedemikian? Kita tidak pernah tahu.

Tabah menghadapi segalanya, Sabar menempuhi segala dugaan. Itulah kunci kepada kehidupan kita.Tanpa semua itu, kita tidak mungkin mampu menghadapi segala sesuatu. Dan yang paling penting, kita berbalik kepada sang pencipta yang menciptakan langit dan bumi, Dia, yang mencipta segala kehidupan di muka bumi. Hanya dia yang memberi pengharapan kepada kehidupan manusia.

Kehidupan yang gembira, dan penuh dengan kasih sayang; itulah impian semua orang.


2 Komen:

FarhanaDr said...

Mahu juga kembali zaman kanak-kanak yang tak perlu pikir apa-apa.. Huhu.. Tapi tak mungkinlah kan.. Hmmmm.. Sekarang yang penting hanya mahu hidup yang boleh bagi bahagia.. Heehee.. Moga kamu ketemu juga.. :)

Kyuubi_85 said...

@FarhanaDr
ya, semua org nak hidup yg gmbra dan bahagia.. sama seperti aku yg inginkan kehidupan seperti itu..