Ada Bakat Nak Jadi Pelukis Hebat Macam Pelukis Ujang

Haha, tak tahu mana nak mula, semalam, member aku hantar mesej kat aku guna iPhone 4 yang tengah hot sekarang tu. Tapi malangnya aku tipu je. haha. Dia tak guna iPhone 4 tu, cuma guna Nokia 3310 tu. Korang tak kenal? ala, yang comel tu. hihihi. Ok, serius; bunyi sms dia macam ni,

"Bro, ko memang hebatlah kalau ko dapat hantar soalan assignment tu kat aku, aku hilangkan soalan tu tak dapat buat assignment ni"

"Macamana aku nak hantar soalan tu? Ko jauh beribu batu dari tempat aku" Aku tambah la nak gurau dengan dia. ehehe

"ala, ko hantar je mesej kat aku" disertai gelak tawanya. Tapi aku tak tau dia ketawa betul ke tak. Sebab dalam mesej tu je ketawa memanjang macam ni,

"hahahahaha"

"Ko ni bengong ke? macamana aku nak hantar soalan assignment tu dengan mesej? dah la soalan melukis"

Soalan tu sebenarnya assignment untuk lukisan engineering. So korang bayangkan macamana aku nak hantar soalan tu delam mesej kan. Dahlah handphone pun cap ayam. Lainlah kalau aku pakai iPhone 4 tu kan? ehehe

So, dengan selamba aku jawab, "tunggu kejap, aku upload kat facebook"


Dan dengan jayanya, aku bukak application paint, lepas tu dengan jayanya aku lukis benda kat atas tu, dan upload kat facebook. Tag gambar ni kat si member aku tu, dah siap. haha.

Cantik tak lukisan aku? Ada bakat tak nak jadi pelukis terunggul di zaman ni? hahaha


15 Komen:

tehr said...

asalkan member faham
tapi kamu memang cekap cari idea nak selesaikan masalah dengan menggunakan segala apa yang ada
tahniah

Fitrihadi.com said...

haha boleh tahan lukisan tu..janji orang tu faham :p

Sharinginfoz said...

gambar menceritakan banyak perkara.... terpulang pada interpretasi kita kan

IntanBerlian said...

huhu. asahlah bakat lagi jadi lengkuas kat ujang tu.lol

Sumijelly said...

sebaik la ada FB, leh gak htr..
cuba bayangkan kita tiada IT..
mesti susah kan?? huhuhuh


Sumijelly.com

ejaa said...

test test. ok pe. haha

afiq aiman said...

nice one ekeke

Kyuubi_85 said...

@tehr
haha, ni tahap terpaksa dah ni baru ada idea nk buat mcm ni

Kyuubi_85 said...

@Fitrihadi.com
hehe.. memang sure fhm punya.. :)

Kyuubi_85 said...

@Sharinginfoz
yup, btl2

Kyuubi_85 said...

@IntanBerlian
x berbakat kot. haha

Kyuubi_85 said...

@Sumijelly
ehehe.. tulah pasal.. kalau takde mmg nanges la.. haha

Kyuubi_85 said...

@ejaa
ehehe..

Kyuubi_85 said...

@afiq aiman
nice ke? thx,, hehe

Anonymous said...

My partner and I really enjoyed reading this blog post, I was just itching to know do you trade featured posts? I am always trying to find someone to make trades with and merely thought I would ask.