Update: Polis Sahkan Sosilawati Dan Rakan Dibunuh

Bersambung dari entri semalam mengenai desas desus bahawa bahawa jutawan, Datuk Sosilawati Dan 3 lagi rakannya dibunuh. Hari ini, laporan dari Berita Harian Online menyatakan bahawa polis telah mengesahkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat. Namun demikian pihak polis menyatakan belum ada pengesahan forensik mengenai perkara tersebut.

Manakala The Malaysian Insider pula menyatakan bahawa polis telah mengesahkan penahanan seorang berpangkat Datuk dan 2 orang adik beradik berhubung kes ini.Keluarga terdekat Datuk Sosilawati juga dilaporkan datang untuk memberikan sampel DNA bagi membantu siasatan. Polis juga menyatakan bahawa mereka menemui beberapa barang kepunyaan mangsa di ladang berkenaan.

6 Komen:

Sharinginfoz said...

memang sungguh tak berhati perut manusia ni

sunglasses said...

satu lagi kes bunuh berprofile tinggi selepas antaltuya

cikgu isza said...

masa DNA belum disahkan.. saya berharap sangat itu bukan mereka tapi kita hanya mampu berdoa... Allah yang menentukan..

semoga roh mereka di cucuri rahmat..

Kyuubi_85 said...

@Sharinginfoztulah pasal.. manusia yg dirasuk syaitan je sgp buat mcm ni... huhu

Kyuubi_85 said...

@sunglassesentah boleh selesai entah x.. kes altantuya pun x selesai kan?

Kyuubi_85 said...

@cikgu iszaya, sama2 la kita doakan....