Tolong Jangan Bangkitkan Isu Perkauman

Selepas kes Bunuh Datuk sosilawati, banyak yang aku dengar-dengar dan baca sekali tulisan beberapa orang yang mengungkit soal perkauman. Baik dalam laman sosial facebook, mahupun blog. Mungkin benda ni bukan baru. Dah banyak pun kes yang suka mengapi-apikan sifat perkauman ni. Tapi lepas kes ni, bara yang mati segan, hidup tak mahu makin marak pula ya.

Semua pun tahu, bulan ni genaplah 47 tahun pembentukan Malaysia dan bulan ni pula genap 53 tahun  Tanah Melayu merdeka. Selama ni, kita menjaga keharmonian negara, dan perpaduan semua kaum diutamakan sehingga negara kita mampu melangkah sejauh seperti apa yang kita alami sekarang ni. Kemajuan yang dicapai adalah hasil dari perpaduan, bukan pergolakan, tolak ansur, bukan pentingkan diri sendiri.

Mungkin golongan muda masa kini tidak pernah merasa betapa perit dan sengsara datuk dan nenek moyang kita hidup semasa zaman penjajahan. Mungkin kita tidak pernah merasa bagaimana kehidupan semasa zaman peperangan. Dan kita tidak pernah merasa bagaimana kehidupan semasa zaman pemberontakan parti komunis dan zaman darurat. Dan betapa payahnya nenek moyang kita berjuang menuntut kemerdekaan, demi negara yang dicintai ini. Dan hasil usaha mereka, mereka menurunkan tanah air ini kepada generasi kita sekarang.

Namun, peristiwa 13 Mei 1969 menyaksikan negara kita Malaysia bermandikan darah apabila terjadinya rusuhan kaum akibat daripada masalah perpaduan yang teruk. Dan akibatnya, kehilangan beratus-ratus nyawa.

Ini kah yang korang semua nak? Nak merusuh lagi? Nak berbunuhan lagi? Apa yang terjadi, biarlah terjadi. Jangan nak mengutuk dan menghina kaum lain. Jangan nak menimbulkan kemarahan sesama kita. Seperti yang aku terbaca dalam laman facebook, siap terang-terangan mengutuk kaum lain. Siap tulis dalam blog. Kita hidup dalam negara yang pelbagai kaum. Jadi bersama-sama bertimbang rasa. Jangan nak menangkan diri saja. Orang lain pun manusia juga macam kita, betul tak?

Biar yang maha Esa, yang lebih berkuasa keatas kita melakukan apa yang sepatutnya dan biarlah undang-undang dunia menentukan apa hukuman yang sebaiknya keatas orang-orang yang hilang sifat kemanusiaan ini.

6 Komen:

Sharinginfoz said...

betul tu... jangan kaitkan dengan isu perkauman kan

eelobor said...

aku bertuah dan bangga di lahirkan di Malaysia, namun aku amat berharap kita semua dapat hidup dalam aman damai

a kl citizen said...

betul sangat...kebanyakannya saja suka melihat orang bergaduh, saja mencari pasal.

kalau terjadi betul2 huru hara , bukan orang lain yang susah, kita jugakkan...

mus99 said...

Syabas dan tahniah pada PDRM yang sangat cekap menyelesaikan perkara ni.

Uruchimaru @ kf said...

sarang tebuan jgn dijolok klu x kena sengat ye tak? hurmm..

*duk diam lagi elok*

cikgu isza said...

heran dengan sikap segelintir yang suka meneguk di air keruh..

sesama kita pun banyak musuh dalam selimutnya..