Tiada benda nak Buat, Maintenance Blog lah

Salam 1 malaysia semua dari Kyuubi

Kalau korang tengok blog ni, mesti sangat banyak perubahan kan berbanding dengan yang dulu. Blog ni sebelum ni nampak hodoh dan tak menarik langsung. Dah banyak juga aku buat perubahan, tapi takdelah banyak mana pun. Just tukar template baru cukuplah. Sebenarnya aku masih tinggal kat kolej ni. Korang semua dah balik rumah, makan sedap-sedap, tapi masih tinggal kat kolej ni sorang-sorang. Cuti 2 minggu tuh!

Weh, kampung aku kat Sabah, Tapi sekarang aku study kat Shah Alam ni. So korang dapat bayangkan tak berapa banyak belanja aku nak balik. So, siapa yang baik hati boleh tak korang dermakan tiket pergi dan balik ke sabah? Hehe, gurau je.

Jadi untuk mengisi masa lapang selain study (ada ke aku study ni hahaha) aku godek-godek la blog ni sampai jadi apa yang korang nampak sekarang ni. laptop pun dah repair, Broadband pun dah beli so apa lagi. Tapi ada tak blog ni nampak macam kepunyaan seorang perempuan? Nanti korang panggil aku akak pula, macam si jard ni ada orang panggil bro. haha. padahal dia seorang wanita.. ececeh..

Button Twitter dan facebook pun aku dah letak. lenguh badan nak buat benda ni sebenarnya dengan coding yang aku langsung tak faham. Minta tolong dengan pakcik Google cari tutorial pun punyalah payah. Banyak juga tutorial yang tak berfungsi dengan baik. Tapi setelah mengambil masa hampir 8 jam  baru berjaya letak button facebook dan Twitter! fuh! Tapi puas hati dengan kerja sendiri.

Jadi apa pendapat korang dengan blog ni sekarang? ok ke makin merimaskan? kalau ada sebarang penambahan dalam kekurangan sila tegur aku ye.. peace!

7 Komen:

sabree hussin said...

uitm shah alam ke?
Kolej jati, meranti atau perindu ni

Kyuubi_85 said...

@sabree hussin ya Uitm Shah Alam. Ko study sini jg ke? aku duduk jati.. haha

aaron solibun said...

bravo bro...nice background....salam drp sabah di bawah bayu...

ken said...

saya pun buat maintenance sekali-kala =)

Kyuubi_85 said...

@aaron solibunthanks aron.. :D miss to come back to sabah.. huhu

Kyuubi_85 said...

@kenbaiki mana yg patut kan? :D

anyss said...

Sabah? mmmmmm Airasia kan ada. Book awal2 sem lagi, mesti dapat tiket yang murah. Leh guna maybank2u pun

-----> kalau x de keja lain kali, leh la make up blog kiter lak hu hu hu