Selamat Hari Raya, Hati-Hati Dijalan Raya

Nampaknya, pengumuman sudahpun dibuat, Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini adalah hari jumaat yang akan datang. Kurang dari 24 jam, Hari Raya Aidilfitri akan disambut di negara kita, Malaysia. Aku tak tau kat negara lain bila jatuhnya tarikh Raya.

So, sudah pastinya ramai warga kota yang akan pulang ke kampung menyambut lebaran bersama sanak saudara di kampung. Dan Sebelum korang balik kampung, pergilah servis kenderaan tu. Biarlah duit dibelanjakan asal saja keselamatan terjaga.

 Jangan jadi macam ni

Dan kepada yang pulang beraya, Kyuubi nasihatkan silalah berhati-hati ketika memandu. Kepada pemandu kenderaan persendirian ke, bas ke berhati-hatilah. Utamakan keselamatan. jangan asyik nak cepat je. Gunung yang dikejar takkan lari, betul tak? bak kata perdana menteri kita datuk Seri najib Tun Razak, jangan jadikan jalanraya sungai maut.



Kalau dah penat memandu, berehatlah hilangkan rasa penat atau hilangkan rasa mengantuk, baru teruskan perjalanan. Jangan kita jadi seperti gambar dibawah.




Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat dan bergembira di Hari Raya yang mulia ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua!

4 Komen:

noor afzan said...

selamat hari raya kyuubi..
kampung kat mana?

Kyuubi_85 said...

@noor afzan, Selamat Hari raya juga.. :D Aku kg kat sabah tp study kat shah alam. huhuhu

Aida Effarina said...

salam aidilfitri. =)

Kyuubi_85 said...

@Aida Effarina Selamat Hari raya adidlfitri Aida :D