Pak Cik, Boleh Drive Dengan Cermat Tak?

Huh! Bahaya-bahaya. Kalau nak bawa kereta atau bus, ke kenderaan mana pun sila berhati-hati dan tumpukan perhatian. Janganlah buat sambil lewa saja. Kang ada masalah kan payah. Terlibat dengan kemalangan ke. Kalau kemalangan kecil kan ok juga. Kalau besar dan melibatkan nyawa? Siapa nak jawab. Menangis air mata darah pun kalau ada nyawa yang hilang akibat dari sikap sambil lewa, takan dapat digantikan. Lainlah kalau main video games ke apa, boleh restart. Nyawa tak boleh restart lah.

Ni petang semalam, masa aku nak balik, bus yang aku naik terlibat dengan kemalangan kecil. kecil je, pecah cermin depan tu je. Pak cik driver tu pun tak berhati-hati. Asyik sembang dengan member dia tu. Sekali prangg!! langgar bontot bus kat depan dia la pula. Kitorang pula terkejut.

Entah macamana pula pak cik tu tak nampak bus kat depan dia tu tak bergerak. Dia main redah je. Pakcik, lain kali, bawa bus tu hati-hati. Kali ni pecah cermin depan je. Kang lain kali lebih teruk kan payah. Berhati-hati di jalan raya.


4 Komen:

sahromnasrudin said...

salam ziarah..tahniah sdra dah ada domain sendiri..sy tak mampu nak buat mcm sdra..teruskan usaha murni ini dan selamat berblogging

Sharinginfoz said...

nasib baik tak teruk kan

.::WaNiE::. said...

eeeeiii menakutkan laaa

kak ina kl said...

betul tu..kalau tgh drive janganlah pot pet..ataupun bls sms..akak selalu marah anak klu buat camtu