Menjana Pendapatan Dengan Blog

Siapa kata blogging buang masa dan tak dapat apa-apa? Sebenarnya dulu aku pun mempunyai fikiran yang sama; blogging buang masa dan tak dapat apa-apa. Pada awal tahun 2009 sebenarnya aku pernah cari cara nak buat duit di internet. Masa tu aku hanya nak cari kerja freelancer atau apa-apa saja kerja yang boleh buat duit. Lagipun senang sikit kan, tak payah pegi kerja. Yang penting ada Internet, dah la. Lagipun aku ni student, so nak kerja, mesti yang flexible punya ma.

Dan masa aku jalan-jalan dengan Pakcik Google, aku pernah nampak orang kata boleh buat duit dengan nuffnang. Dan dalam fikiran aku masa tu, Ceh! mustahil! Aku tak percaya. itu semua tipu belaka. Scam internet je tu. Itulah dalam fikiran aku masa tu. Namun lepas beberapa bulan berjumpa, kenal dengan nuffnang, aku pun cuba juga sign up dengan nuffnang ni. Dan mula menulis blog. Dan lepas 4 bulan aku bersama dengan nuffnang, barulah aku tau sebenarnya betul dengan nuffnang ni boleh buat duit apabila aku cash out pertama kali earning nuffnang aku.

Dan semalam, nuffnang mendapat liputan media apabila kosmo! menerbitkan sebuah article mengenai nuffnang. Dan Timothy Tiah, pengarah urusan nuffnang juga menyatakan seorang blogger boleh mendapat pendapatan lumayan sehingga boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Nampak gayanya, blogger kat Malaysia ni dah boleh mengaut sedikit keuntungan sambil berblog.

Dan memang tidak dinafikan juga, dengan blog sahaja boleh menjana pendapatan. Selain nuffnang, Google Adsense, produk dari pakcik Google juga menjanjikan pulangan sekiranya kita menjadi seorang Profesional blogger. Banyak blogger dari negara lain mendapat pendapatan lumayan dari Google Adsense ni.

Tapi, apa yang pelik aku pernah terjumpa satu blog yang mengutuk nuffnang sekeras-kerasnya. Aku pun tak tau apa masalah penulis blog tersebut. Kalau korang berminat nak baca, boleh lawat blog tu; http://why-nuffnang-will-fail.blogspot.com/. Nampak tak? Alamat blog sahaja sudah menunjukkan dia ni anti pada nuffnang.

Akhir kata dari aku, marilah kita sama-sama blogging dengan gembira, disamping dapat duit dari nuffnang nak bayar Broadband.. hehe


0 Komen: