Lagi Bukti Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya Ditemui

Siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di lokasi baru hari ini membawa kepada penemuan objek berkilau seperti seutas gelang emas yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembunuhan ini. Gelang yang bersalut lumpur itu ditemui di sebatang tali air dekat dengan kunci air di Kampung Sungai Lang oleh tiga anggota penyelam marin.

Semasa operasi, suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati, Peguam K. Patmanaban yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan kejam tersebut turut dibawa polis ke tali air tersebut. Operasi di tali air tersebut diadakan bagi mencari beberapa bahan bukti disamping mencari barang peribadi milik mangsa pembunuhan ini.

Dah beberapa minggu siasatan dijalankan dan masih banyak barang bukti yang ditemui. Mungkinkah siasatan berpanjangan mampu mencari lebih banyak bahan bukti sekaligus menyelesaikan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Dan mungkin juga mampu menyelesaikan beberapa kes orang hilang yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan peguam K. Patmanaban.


0 Komen: