Kes Khalwat Norman Dan Memey: Masih Tinggal Bersama Selepas Dicekup?


Kes hangat Norman dan Memey yang pernah ditangkap khalwat sebelum ni masih lagi hangat macam pisang goreng. Menurut 1 laporan, mereka telah didakwa di mahkamah dan  apa yang mengejutkan aku, menurut 1 laporan dalam akhbar, seorang saksi menyatakan bahawa Norman dan Memey masih tinggal bersama selama seminggu selepas dicekup oleh pihak penguatkuasa agama.

*Picture Taken From Google.com
Wah, ni barulah betul-betul. Dah kena tangkap khalwat oleh pihak penguatkuasa agama, masih boleh pula tinggal bersama tanpa rasa malu. Dan menurut laporan lagi, ada saksi yang cuba membuat laporan di jabatan agama mengenai perlakuan Norman dan Memey ni, namun tiada tindakan yang diambil. Benar atau tidak laporan ni, mereka sajalah yang tau.

Kalau betul Norman dan Memey ni bersalah, takan terlepas punyalah. Kalaupun orang bersalah terlepas di dunia, takan terlepas di akhirat kelak. Sebenarnya diorang ni baru sahaja melangsungkan pertunangan pada hari raya ke 4 yang lalu. Tapi masa diorang tu ditangkap, belum ada hubungan yang sah lagi! Apapun kita tunggu saja keputusan dari mahkamah ye.

Untuk pengetahuan juga, Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala pendakwaan terhadap Memey dibuat di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama. Dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda RM3000 atau penjara 2 tahun atau kedua-dua sekali.


6 Komen:

suffer8zine said...

ape pasal la x kawin terus, adoyaiii.
tangguh lama2 buat tambah dosa je, adess.

Kyuubi_85 said...

@suffer8zine
tulah pasal. nak main style org puteh kot. test2 dulu haha

amira said...

rasa nak baling kek tu kat muka diorang!

Kyuubi_85 said...

@amira
sabar2.. biarlah diorg tu

ejaa said...

sakit hati ngan dorang ni. menyampah. kawin je la

anyss said...

Salam,
Dah tunang pun BELUM SAH untuk tinggal sama kan? kan? kan? ;)

Adussssss