Facebook Kalahkan Google?

Sekarang, sebut saja facebook, mesti semua orang tau benda ni. Tipulah kalau tak tau. Walaupun korang tak main facebook, tapi pasti tau apa itu facebook. Begitu kuat sekali  nama ni sampaikan budak kecil pun tau kan.


Dan kali  ni, facebook menunjukkan penguasaannya di US apabila mendahului enjin carian terkenal Google dalam senarai penggunaan pengunjung laman web. Pengunjung laman web kini menghabiskan lebih banyak masa bersosial di laman facebook daripada mencari maklumat menggunakan enjin carian Google.

Kalau di Malaysia, tak tahulah pula sejauh mana kekuatan facebook ni, tapi rasanya pengaruh tetap kuat. Apapun, pandai-pandailah kita menggunakan kemudahan yang ada, jangan sampai memudaratkan pula. Gunakan demi kebaikan. Kalau facebook tiba-tiba je ditutup, korang rasa apa akan terjadi?

Dulu, era friendster. Sekarang era facebook. Lepas ni apa pula?

Source, The Star

14 Komen:

IntanBerlian said...

memang facebook skrg mengalahkan semua termasuklah google. tanyalah budak kecik berumur 6 tahun.. mereka kenal facebook dari google.of kos.

Kyuubi_85 said...

@IntanBerlian, tulah betapa kuatnyanama ni kan.. bilakah pula malaysian dapat buat sesuatu yg mcm ni? huhuhu

Sharinginfoz said...

fb memang ramai org guna kan

Kyuubi_85 said...

@Sharinginfoz, ya tulah pasal.. even budak2 pun pandai guna facebook...kuat betul pengaruh

saya_arief said...

tidak...
ape pasai facebook da potong google..
tidak boleh diterima sama sekali..
;p

ezany said...

mmg byk sebab tu tak terkawal.. ramai jer salah guna..

Kyuubi_85 said...

@saya_arief,hahaha maksudnya lebih banyak org lebih suka tengok muka buku dari buka google ni :D

Kyuubi_85 said...

@ezany, mungkin diorang ni perlu masuk kelas khas, bagaimana menggunakan facebook dengan cara yang betul.. hehehe

mamawana said...

Salam Idilfitri

Something to share here.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Sekadar berkongsi info ttg facebook di internet. Walaupun FB ini produk Yahudi tapi masih bleh kita gunakan utk berdakwah dan menentang dakyah mereka. Bilakah umat Melayu@ Islam dpt menghasilkan produk yg setaraf facebook ini? Gunalah sebaik mungkin. Fikir2.

Kyuubi_85 said...

@mamawana, tula pasal akak.. bilakah org kita ni dpt mencipta something yg mcm facebook ni..

abang chik said...

tahun 2010 merupakan kenaikan mendadak pengguna FB di Malaysia

Kyuubi_85 said...

@abang chikHaraonya kenaikan mendadak tu semuanya menggunakan dgn cra yang baik..

Afif Fahmi said...

Lol, facebook ni. Pembuatnya orang Yahudi kan? Hehe. Aku berasa was-was kadang2 kalau everybody kat dunia ni gune facebook. Btw, i'm not a facebook user. :P

Kyuubi_85 said...

@Afif Fahmi
ya, betul yahudi. :) baiknya ko x main fb ye