Damn It!

Hadoi apakah malangnya nasib aku hari ni. Baru saja bangun dah kena nasib malang. Cis!

Minggu depan kelas akan bermula. baru hari ni terhegeh-hegeh nak buat assignment, sediakan slide show untuk presentation. Tapi bila aku cek kat dalam pendrive, tup-tup semua assignment aku dah hilang. yang tinggal folder kosong je. Haiya, manyak punya masalah oo.

Hari tu, member aku yang sorang ni pinjam pendrive tu dan transfer semua fail aku pi laptop dia. Sebabnya, dia nak guna pendrive aku nak muatkan fail yang besar. Yalah kan, aku sorang je yang ada kapasiti pendrive yang besar. Tak lah besar mana pun, 4GB saja. Lepas pakai, dia transfer baliklah fail-fail aku tu. Ingatkan dah ok, tak ada masalah. Lagipun masa tu laptop aku masib belum repair lagi. So aku tak ambil kisah sangat pun. Yakin tahap cipan lah tak ada masalah.

Lepas repair laptop, aku masih tak cek lagi fail-fail tu. Dok layan laptop kesayangan, assignment semua terabai. Korang jangan tipu, korang pun sama kan tak buat assignment lagi dok layan kuih raya. :)

Then, bila dah sedar kelas dah nak mula, baru kononnya teringat assignment yang berlambak. Actually dari dulu pun ingat juga, tapi tahap kemalasan yang melampau memaksa diri ini melupakan seketika semua tu. Lepas tu, tadi aku cek assignment tu, fail dah hilang! aku try recover balik guna Pandora Recovery software dapat gak recover balik, tapi tak boleh  buka pula! Damn it! Hari selasa ni aku dah nak present dan hantar assignment, apakah aku mampu siapkan semua tu? Adoi!

Huh! lepas ni aku takan bagi pinjam barang-barang aku dengan orang, nanti ada masalah kang aku pula menyesal bagi pinjam.


10 Komen:

Uruchimaru @ kf said...

kyuubi ,hambe xder esemen..lalala =)

cikgu isza said...

dugaan tu..
harap dapat atasi yer..

Pinky Pixie said...

cayok2.. cepat, g buat.. hehe
sy da terlepas dr azab dunia asgmnt. hoyeh2

housemate said...

hahaha sama kes dengan aku zaman student dulu. gelabah dah nak habis exam. tapi hebat bro.. sempat lagi tulis post ni dari tulis esemen

huda rahman said...

kedekut...
haha..

Kyuubi_85 said...

@Uruchimaru @ kf
cet! nak bagi aku jeles la tu...

Kyuubi_85 said...

@cikgu isza
huhuhu

Kyuubi_85 said...

@Pinky Pixie
aku trpksa berdepan ngan benda ni 4 thn lg!

Kyuubi_85 said...

@housemate
ahaha.. kepala dah bingung nak buat esemen, update blog pla.. haha

Kyuubi_85 said...

@huda rahman
x kedekut, cuma nak jga diri.. huhu