Bersabarlah, Masanya Akan Tiba


Setuju atau tidak, pastinya semua orang mempunyai keinginan yang berbeza dalam hidup. Contohnya, Aku dengan member rapat aku punya keinginan yang berbeza. Dia nak kerja dan dapat duit awal, lepas tu baru sambung belajar semula. Bagi aku pula, adalah lebih baik aku teruskan saja study, lepas habis study baru fikir apa nak buat.

Tapi ada 1 keinginan yang aku kira semua orang nak, iaitu khawin. Hehe. Betul kan? Tak kira korang tu lelaki atau perempuan, mesti nak kawin, kan? Aku pun nak juga. Hehe. Aku nak ada bini yang muka macam Jessica Alba, badan mantap macam Jeniffer Lopez. Haha. Mengarut, muka macam katak puru ada hati nak awek macam tu. Haha. Tapi itulah keinginan namanya. 

Tiba-tiba saja, sekarang ni banyak aku nampak orang mencoretkan dalam ruangan maya ni dengan pengalaman, kalau bukan sendiri, kisah penyatuan 2 hati menjadi 1. Khawin! Dan rata-rata orang akan kata, weh! Umur aku dah lanjut ni, dah sampai 19 tahun! Aku pun nak khawin gak! Weh korang, umur baru 19 tahun jagung dah gatal nak khawin ke? Adoiyai!

Dan ada pula kata, aku masih muda remaja lagi, baru 50 tahun. Tapi aku pun nak khawin gak, tapi apakan daya, seluruh kampong aku khabarkan aku nak cari calon nak khawin tapi takde yang nak. Sepertinya, seluruh jagatraya tidak mengindahkan keinginan aku.


Haha, weh, korang sabarlah. Akan tibanya masa untuk semua orang, Cuma masanya saja yang kita tidak tahu bila. Kan dah cinta itu buta. Bila korang tak terfikir pun nak ada teman hidup, bila ianya nak datang bertandang, seteguh manapun hati korang, tetap akan cair juga.

Kebahagiaan adalah milik semua orang, Cuma kita harus berusaha untuk mencarinya. Dan kalau semua usaha untuk mencarinya tidak berhasil, maksudnya masa untuk kita belum tiba lagi. Dan bila tiba masanya untuk kita, senyuman korang akan jadi lebar semacam, tidur pun tak lena, mandi pun tak basah, makan pun tak kenyang. Kedua belah tangan menadah kebahagiaan yang datang pun tidak akan cukup untuk menampungnya.


2 Komen:

Uruchimaru @ kf said...

ni tgh tunggu lah ni!!!!

suffer8zine said...

x de calon lagi ke? heheh.
same la :P