Aku Beli USB Hub Yang Tak Boleh Pakai La!

Cis! malang punya nasib aku ni. Dah buffered ads keluar banyak-banyak masa blog ni tiada pengunjung, bikin hati kecewa. Lepas tu, bila aku menulis balik, dia tak nak lekat dah. Hari tu aku repair laptop aku yang rosak tu. Best gila dapat pegang laptop semula. haha. Macam tak pernah pegang laptop je aku ni. Tapi betul lah, semenjak laptop ni rosak, 4 bulan aku tak pakai laptop. Punyalah gatal tangan ni nak menari-nari atas keyboard lappy kesayangan. haha

Dah baiki laptop, aku dah semangat nak pakai laptop, memikirkan tentang masa depan dan penggunaan yang pastinya memerlukan usb port yang banyak. Usb port yang asal hanya ada 4 saja. So kira-kira keperluan, 1 port untuk cooler, 1 port untuk mouse, 1 port untuk Broadband modem dan 1 lagi untuk pendrive ke atau external hard disk. Tapi Dahlah broadband modem ni gemuk, usb port pula pasang rapat-rapat. So tak boleh jadi kena beli usb hub, yang mempunyai 4 usb port sekaligus. hah macam gambar kat bawah ni.


Ini aku minta dari pakcik Google disebabkan aku belum upah jurukamera. haha. Dengan harga RM5 saja, dah aku dapat sebiji usb hub ni. Lagipun kedai tu buat clearance sale masa tu. So aku pun punya main gembira kan nak dapat benda ni. Tapi sesampai saja kat hostel, bila test ok saja. Tapi bila aku try pulak pasang 2, pendrive dengan mouse aku, tak berfungsi pula! adoi! Kenapalah malang nasibku ini. Fikir nak pulangkan balik, tapi ah, malaslah. biarkan sajalah. Sedekah kat diorang.

11 Komen:

Fitrihadi.com said...

ruginya..erm lain kali beli yang 'berharga' skit..beli yang murah, kualiti pun murah ar.. hehe

maisyara Pot! Pot! said...

sama la dengan mai. dah 5 bulan tak pakai laptop sebab laptop rosak. hurm.. abang2 mai suruh beli baru T__T

a kl citizen said...

malang memangtak berbau kan...kesian betul..
nak tahu sikit bole?
1 port untuk cooler...cooler tu apa ya?

→ : menuju yang pasti

MR Bang Miji said...

usb hub ni mmg x guna. satu 2 je bole pakai. da bende murah kan..bese lar

hemy said...

standard dh tu..usb hub ngn card reader mmg cepat kong

yusuf mujahidin ™ said...

salam

hehe..biasela tu. dlu pnah gk bli bende ni
last2 jd tukun je..

bsedekah tu amalan mulia lg bpahala

enyheartsdiamond said...

alaa.. rm5 je.. i pernah buang rm10 mcm tu je.. da bayar seposit utk baju.. tapi, fikir2 balik.. macam tak cantik.. so, tak pergi amik.. haha :D

maslinamansor said...

nak suruh perabis duit raya la tue.. beli lain

Sharinginfoz said...

memang tension kan kalau macam tu

izee said...

sabar laa nasib xbaek la tu..de jgk peniage mcm ni kan..mmg laa..

Kyuubi_85 said...

@a kl citizen
oh, cooler tu sebenarnya cooling pad.. hehe.. kipas nak bagi laptop tak jadi panas sangat :)