Akhirnya Selamat Juga


Sudah 4 bulan blog aku ni menyepi sahaja kan? Bukannya aku malas nak update ke apa, tapi aku menghadapi masalah. rasanya aku pernah suarakan dalam post aku yang lalu aku tak dapat nak update sangat blog buat masa ni kerana ada beberapa masalah. Kalau korang nak tahu, sebenarnya laptop kesayangan aku dah rosak beberapa bulan yang lalu.


Beginilah keadaan laptop aku beberapa bulan yang lalu. Terpaksa bergantung kepada external lcd disebabkan lcd yang rosak. So terpaksalah aku menunggu duit nak baiki laptop ni. So hari ni baru aku dapat baiki laptop ni. Kira berbaloi la juga. Sebenarnya aku nak baiki laptop ni, masa aku masih kat sabah, tapi gerun aku dengan harga nak repair laptop ni. RM800! mana nak cari. Dan kebetulan, aku further study kat UiTM Shah Alam, so repair sini lagi murah. Repair kat Plaza Alam Sentral, sekali dengan service, baru RM480. berbaloi! :D

Dan demi meneruskan niat berblogging, aku juga subscribe dengan Celcom broadband, basic plan. Bil bulanan cuma Rm68, tapi 3 bulan pertama boleh dapat rebat rm 10, so 3 bulan pertama aku cuma perlu bayar RM58 je. Dan activation pun hanya RM100, tunggu sejam dari masa pembelian, dah active. Memang baik punyalah!

Nilah dia Broadband aku. Tapi yang ni, aku cilok dari sini ,
aku punya tengah beroperasi kat lappy sekarang ni :D

Tapi ni hanya percubaan. Banyak member bagitau, kat semenanjung ni, line celcom brodband tak berapa ok sebab dah terlalu ramai orang guna, so tak berapa nak ok. So aku nak try beberapa hari. Kalau aku tak puas hati, aku nak pulangkan dan nak tukar Digi broadband. So apa kata korang, area Shah Alam ni, broadband mana yang paling ok?

8 Komen:

FarhanaDr said...

Heeee.. Saye pakai celcom broadbad prepaid.. Okey jek laa.. Tengok tempat jugak.. Kalau balik Ipoh mmg masyuk.. Kat Taiping surf pon okey gak laa.. Balik Melaka hancuq sket.. Heee.. Digi not bad gak orang kate.. :)

Kyuubi_85 said...

@FarhanaDr, really? aku beli celcom sebab kat tempat aku disabah celcom la the best.. huhu tapi disini aku tak tau

Hazwan said...

aku pun pernah buat macam y ko buat. pakai skrin komputer sementara waktu. RM 300 ganti "coil api" dari laptop secondhand kat laptop aku.

Kyuubi_85 said...

@Hazwan, nampaknya kita ada pnglman yg sama. ni sebab aku takde duit nak repair laptop ni. kalau tak, sah terbang 800RM aku.. huhu. nasib gak aku buat kat sini murah sekali ganda..

maslinamansor said...

kak mas pakai celcom jer. Ok setakat nie.

Selamat hari raya dari kak mas sekeluarga... :)

Kyuubi_85 said...

@maslinamansor, lepas sehari aku guna celcom, setakat ni masih ok lagi. tapi tak taula lepas ni :D
Selamat hari raya juga pada akak :D

Gee said...

lappy sya pun rsak lcd screen hri tu..mmg kos utk repair mahal so sya beli lcd monitor ja..lappy tu sya smbung kin pc kat rumah ja...hee

Kyuubi_85 said...

@Gee, haha.. aku pun buat mcm tu juga sebelum ni sebab repair d kk mhl. So dpt repair murah, p la repair.. hehe