Aku Tak Suka Rokok, Tapi..

Salam 1 Malaysia Semua. lembab je aku nak post entry baru sekarang ni. Seminggu 1 entry. Kadang 2 minggu baru 1 entry. Macam tak bernafas je blog aku sekarang ni. Tapi rezeki nak berblog macam dulu belum sampai lagi.

Dulu aku pernah tulis tentang bahaya rokok, dan korang taulah kan aku ni tak suka dengan bau rokok. Memang tak tahan, nafas macam nak terhenti kalau aku duduk dekat dengan orang yang merokok.


Tapi, aku tak taulah kenapa. aku selalu je kena tinggal dengan mereka yang kuat merokok. Dulu masa diploma, aku pernah beberapa kali tinggal bersama beberapa orang yang kuat merokok. Terpaksalah aku bertahan dengan tabiat diorang tu.

Kali ni, bila masuk untuk degree, sekali lagi aku terpaksa tinggal dengan mereka yang kuat merokok. Bayangkan sebatabg rokok untuk setiap jam. Tak tahan aku. Nasiblah bulan puasa. Kalau tak 24jam aku terpaksa menyedut asap rokok diorang tu! Tak heranlah kalau aku sakit disebabkan oleh rokok walaupun aku tak merokok.

10 Komen:

maslinamansor said...

lelaki payah nak jumpa yang tak merokok...

.::WaNiE::. said...

tak kisah orang merokok tp mmg tak tahan bau rokok :P

maisyara Pot! Pot! said...

mai hari2 bau rokok. dah biasa. hehehe

Linglung said...

gua pun merokok..skrg tgk cuba nak quit..ok gua cuba!

Mohd Shahrul Hafizi said...

Ko tampal poster barah paru-paru dll. Tepek besar-besar.

Sian kat ko bro.

Kyuubi_85 said...

@Linglung, slowly kalo nak berenti. Tak baik tuk kesihatan :D

Kyuubi_85 said...

@maisyara Pot! Pot!, aku mmg tak dpt terima bau rokok even ari2 cium bau tu huhu

Kyuubi_85 said...

@.::WaNiE::., hehe same tp mmg tk thn kan :D

Kyuubi_85 said...

@maslinamansor, hihi btl ke kak? tak tau la pla

Kyuubi_85 said...

@Mohd Shahrul Hafizi, apa dah boleh buat...