Penyakit Takut Jarum

Sekarang nampaknya aku dah jarang dapat menulis. Dah la duduk kat tempat orang kan, pastu laptop pula buat hal. Nak tunggu ada budget baru boleh nak dibaiki. Lantaran itu, agak lama lah sarang ni sunyi sepi. Yang ada pun mungkin binatang buas yang sesat kat sini. haha

Ok, balik kepada penyakit takut jarum suntikan. Bukanlah takut jarum suntikan sebenarnya, tapi alahan pada jarum suntikan :D. Ada ke penyakit macam ni? Kalau takut kena suntikan tu adalah. Tapi hari tu, kalau orang baca post aku sebelum ni, aku tak berapa sihat. So, aku bertandanglah ke pusat kesihatan dengan hajat nak minta ubat.


Lepas jumpa doktor, aku disuruh ke bahagian makmal nak ambil sampel darah buat ujian, manalah tau ada penyakit serius yang lain kan. So leps saja proses ambil darah selesai, aku balik ke bilik doktor tu sambil menunggu dipanggil. Tapi lepas je dalam 5 minit, tiba-tiba je aku pengsan kat tempat tu. Memang lepas ambil darah tu, aku rasa pening sikit, tapi tak sangka la pula boleh pengsan.

Sebenarnya dah 3 kali aku pengsan lepas dapat suntikan. Bukan ambil sampel darah je. Hari tu, aku diberi suntikan sebab tangan aku luka. Lepas beberapa minit je, aku pitam kat tempat tu juga. Ni berlaku kat sabah lagi. Bila aku bagitau kat doktor tu, dia kata aku ada masalah dengan jarum suntikan. So maksudnya aku ni tak boleh suka hati je nak suntik. hehe. kang pengsan sapa susah?

Tapi aku tak taulah nama sakit tu. Betul ke ada benda macam ni? Aku pun tak tau. Hanya doktor je yang tau. Dan mungkin juga Akak Dr Farhana ni tau kan? :D

6 Komen:

farhanaDr said...

Ohhh.. Seriously first time dengar orang alahan dengan jarum.. Pengsan lepas amik darah tu selalu jugak dengar.. Huhu..

Abes tu caner kalau wajib disuntik? Ada ubat yg effektif bagi dgn suntikan jek.. Hoho.. Makanya kene jaga kesihatan leklok laa ni.. :)

sI tEDI said...

alahan ke mcm scary gitu??

ekekekeke

Anonymous said...

ahahaha....bro... lu takut nga jarum agaknya...hehhehe

Kyuubi_85 said...

@farhanaDr, hahaha. aku pun x tau la bnda ni. huhu. tak pyh bg suntikan kot. biar je.. haha

Kyuubi_85 said...

@sI tEDI, haha. entah..gue tak tau la.. ko sindir aku ke tu? ehehe

Kyuubi_85 said...

@Anonymous, mana ada takut.. jarum tu yg takut aku tuu.. haha