Tips Menulis Entri Yang Menarik

Aku nak tanya korang, bagaimana satu entri tu menarik untuk dibaca? Kalau korang mula baca dah boring, korang nak teruskan tak pembacaan?

Hah, tulah soalan yang perlu dijawab oleh semua penulis, tak kiralah nak tulis blog ke, cerpen ke article atau berita, ada beberapa cara untuk menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan mereka. Sebenarnya aku pun tak pandai sangat nak menulis dan gaya penulisan pun bukan bagus sangat, tapi dari apa yang aku belajar dan baca, aku nak share sikit tips bagaimana nak tulis sesuatu article atau blog post yang menarik.


1. Attention getter atau unsur penarik perhatian
Sebenarnya tips ni aku belajar semasa mengikuti kelas bahasa english dan salah satu yang diajar ialah bagaimana menulis article yang menarik. Dan perkara pertama ialah letakkan sesuatu yang menarik di permulaan article tersebut. Mungkin sedikit lawak, atau sedikit fakta. Kalau tak pun mulakan penulisan dengan sedikit persoalan yang menyebabkan orang tertanya-tertanya apa cerita seterusnya.

Cuba bayangkan kalau permulaan article tu tak menarik langsung, korang nak baca tak? jika dibandingkan dengan article yang mempunyai pendahuluan yang menarik, mana pilihan hati? Mesti nak baca yang menarik kan? Kalau entri macam tu, paling kurang pun, komen tak payah baca entri. hehe lainlah kalau article tu ada isi yang korang perlu kan?


2. Letak gambar-gambar menarik
Yang ni aku dapat masa baca blog paling famous di Asean iaitu si xiaxue ni. Siapa masih tak tahu siapa dia ni, hah pergi baca blog dia kat sini Xiaxue. KAlau korang nak tau, dia ni kira hebat la juga. Kalau tak, kenapa dia ada post wikipedia tentang sia ni. Nah, korang pergi tengok pula kat wikipedia tentang si xiaxue ni.

Ok, balik pada tips kedua kita, letakkan banyak gambar yang menarik bak kata xiaxue supaya post kelihatan lebih ceria dan menarik perhatian. Kalau asyik perkataan je, mesti boring kan? Lagi lah kalau article tu panjang. So letaklah gambar yang menarik, tapi janganlah keterlaluan sebab terlebih letak gambar pun boleh memberi kesan pada loadtime blog.



3. Gunakan bahasa ringkas
Maksudnya disini bukannya gunakan shortform ok? Tapi gunakan bahasa yang simple dan tak memeningkan kepala nak baca. Kalau korang gunakan bahasa yang sangat complicated, pasti orang yang baca akan berasa bosan dengan entri tersebut lalu blah.

Dan kalau boleh jangan gunakan shortform yang orang lain tak faham. Contohnya korunk, faham tak apa maksud ni? dulu aku tak faham pun maksudnya bila aku masuk dalam satu blog tu. Lepas aku pening-peninfg fikir benda tu, baru aku faham maksudnya korang. huhu.

Ini saja tips yang mampu share disini. Kalau ada sesiapa yang ada tips yang lebih baik, boleh sharekan disini. Sharing is caring kan? :D

7 Komen:

Berd said...

betol-betol.
ubi. kau ni hebat lah!

bahasa jiwa kita.

.::WaNiE::. said...

nice tips !

Mak Su said...

saya belajar berblog dari entri2 sebegini, tq

Hasrol Nizam said...

sedang mencari2 ilham menulis..bagus2.. hehe

noor afzan said...

wow..awan tu menarik beb..

Syafiq Kadiran said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Shahrul Hafizi said...

Patut la ko x suka baca blog aku kan. Aku suka merepek panjang sangat. Hahaha.