Peminat Bola Sepak Yang Kaki Bangku

Mengimbau zaman persekolahan, dulu sebenarnya aku ni aktif sangat dalam sukan. Ada 3 sukan yang aku betul-betul minat main iaitu badminton. Konon-kononnya nak jadi macam Rashid Sidek. Yala, masa tu, Rashid Sidek masih main untuk negara, dan dikira hebat juga di peringkat antarabangsa. Jadi menjadi idolaku masa tu.

Lepas tu, mesti suka main sepak takraw. yang ni tak ikut siapa-siapa pun. Just minat la kan. main dengan kawan-kawan. Best.

Dan yang paling utama sudah pasti bola sepak. huh! Pantang saja main, mesti berlagak hebat. haha. Padahal masa tu kecil je badan. haha. Tapi semangat kental nak main bola. Kalau tangan terseliuh tu memang perkara biasa bagi aku. Kalau tak pun kepala benjol sampai seminggu baru sembuh. haha. Tak pernah nak serik biarpun kepala macam nak pecah berlanggar dengan budak yang lagi besar dari aku. Memang semangat habis!

Tapi satu kes yang terus meleburkan semangat aku nak main bola berlaku semasa aku tingkatan 1. Masa tu, aku minat gila dengan seorang budak perempuan sekelas dengan aku tu.

Pada satu petang aku pergilah join main bola dengan geng bola yang lain. Habis tu, aku nak tunjuk terrer dengan budak yang lain, ada sekali bola melambung depan aku. Apa lagi, aku buat flying header la kononnya Malangnya seorang lagi rakan aku masa tu dah bersedia angkat kaki nak buat macam shaolin soccer tu. Bup! bukan bola yang aku tanduk dan bukan bola rakan aku tendang tu tapi mata aku yang jadi sasaran. Adoi!

Petang tu, mata aku terus membiru dan bengkak. dua minggu baru mata aku beransur sembuh. bila pergi kelas, malu beb dengan awek tu. huhu. So, dalam hati aku, aku nekad takkan main bola sepak dan sampai sekaranglah aku tak main bola sepak. Begitu juga dengan sukan yang lain.

Tapi sia-sia saja, dah sekarang ni aku jadi kaki bangku, awek tu pun aku tak dapat. cis! melepas la pula. haha

Sekarang nak bersukan, rasanya payah sikit. Macam badan ni tak boleh disuruh bersukan dah. Orang lain turun bersukan, aku duduk depan laptop update blog. huhu. Sihat juga kot macam ni. tak buat benda jahat. duduk-duduk saja. Tangan dan jari jemari ni dah makin tegap, tapi perut makin buncit. Cis!

Terpaksa lah aku minum Jus Diet Mate 5 tu nanti.

7 Komen:

p3perak said...

tinggi gila cita2 ko, bro..

sekarang, awek tu pun dah melepas..

bakat ko pun dah hilang..

kalau ko cont main bola, mesti skrg ko dh ganti lampard kan?? hehehehehehe...

sI tEDI said...

ekekekkeke.. sabau je lah.. cuba lagi!

pasang niat mainbole sepak bkn sebab awek. ekekeke

ain fathihah said...

haha. saya tangan kaki semua bangku dalam bab sukan2 ni. dulu masa sekolah, time PJ kena paksa main bola jaring dengan cikgu.

cuma lari2 kejar bola tapi takkan sambut sebab takut bola kena muka..huhu

Kapten said...

kesian plak aku dengan ko
nasib baik x buat

errr.. aku pun x bersukan
tp aku kerap berjalan kaki (dalam opis kerja aku jalan jer) jd sihat :)


Hot!: Ciri Wanita Idaman Lelaki

windi said...

hahaha..aku klu main badmnton pun smgt. tp bulu tgkis tak penah smpi sblh. tangan tak kuat.

Mohd Shahrul Hafizi said...

Kaki bangku takpe bro. Jangan kaki perempuan.

Amirah Rashid said...

alala. kesian je kau. haha. tp sempat lg nk mengorat eh? :D