Negara Semakin Tidak Selamat

Baru 2 minggu yang lalu kita digemparkan dengan kes kematian Aminulrasyid akibat ditembak oleh anggota polis, kali ni seorang remaja, Mohd. Azizi Aziz  pula ditembak hingga tembus ke bahagian usus gara-gara tidak memberhentikan motosikal yang ditunggangnya apabila diarahkan untuk berhenti oleh seorang anggota polis peronda. Mohd Azizi yang diarahkan oleh dua orang anggota polis peronda untuk memberhentikan motosikalnya enggan berbuat demikian menyebabkan seorang dari mereka melepaskan tembakan kearah Mohd. Azizi Aziz.

Aku hairan dengan anggota polis dinegara kita sekarang ni. Semacam mereka dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan kuasa yang mereka ada keatas orang ramai. Adakah ini patut berlaku ke atas kita? Tanpa melalui prosedur yang betul untuk melepaskan tembakan malahan mereka tidak berada dalam keadaan terancam tetapi tembakan tetap dilepaskan. Malahan kejadian kali ni langsung tidak masuk akal untuk mereka melepaskan tembakan.

Aku merasakan keadaan negara semakin tidak selamat. Polis yang kita harapkan untuk menjaga keamanan, namun mereka pula yang menimbulkan kekecohan. Apa sudah terjadi pada pasukan polis kita ni?  Main tembak sana sini, sepertinya dunia ni padang permainan video games. Entah siapa lagi yang akan jadi mangsa selepas ini. Adakah ianya salah seorang daripada kita?

Pada pandangan akulah kan, polis macam ni perlu ikut anger management courses. Dia tak pandai kawal kemarahan dia. Bila marah,  tak fikir benda lain dah. Main tembak saja sesuka hati. Nak tangkap orang bersalah, tapi sendiri nak buat salah. Lepas ni siapa yang nak percaya polis lagi kalau benda macm ni selalu jadi?

p/s: Aku pula yang takut

11 Komen:

KIBA kline said...

gua ingat gua tak nak balik malaysia lah macam ni.
haha

kaizen said...

bila manusia sudah dapat kuasa... kuasa disalah guna...

setuju dengan anger management course... ahaks~

Kie-yu said...

semoga keadilan akan ditegakkan~
dan kita dijauhi dari segala malapetaka. amin~

BaziLah @ buzZy (^0^) said...

erm..mcm tak ambik iktibar plak dgn kejadian aminulrasyid tuh..yg remaja kene tembak tu pon,berhenti je laaa..ntahla,semoga masing2 akan dpt keadilan yg sepatutnye..

sI tEDI said...

erhMmm..
kenalah ikut aturan.

kita kena ikut aturan.

polis juga

kita kena memandu ada lesen

polis kena tembak ikut prosuder

saya_arief said...

moh kite pindah..

maslinamansor said...

kena tanya gak budak tue kenapa tak berenti....
Kalu setakat tak da lesen, kenapa nak takut.

Kena dengar kedua2 belah pihak.

MR Bang Miji said...

teruk betol polis malaysia nih. x faham lar diorng nih

kyuubi_85 said...

@maslinamansor, pihak polis pun dah cakap polis tu lepaskan tembakan tanpa menurut justifikasi oleh ketua polis. huhu

Amirah Rashid said...

dye nak maen polis entry tu kot. hihi :D

Mohd Shahrul Hafizi said...

Aku rasa polis tu polis gila kot.