Kesilapan Yang Tidak Sepatutnya Berlaku

Korang setuju tak kalau aku katakan setiap orang pasti melakukan kesilapan?

bagi aku, aku setuju sangat bahawa orang akan melakukan kesilapan. Aku setuju tentang itu. Namun kadang-kadang, pernah tak korang terfikir bahawa kesilapan tu tidak sepatutnya berlaku? Betul tak?

Baru-baru, kita semua dikejutkan dengan berita seorang budak lelaki ditembak mati oleh anggota polis disebabkan mereka mengesyaki budak itu adalah penyamun. Mereka hanya mengesyaki tetapi tidak pasti samada benar budak lelaki tu penyamun kan? So, bagi aku, ini adalah kesilapan yang dilakukan oleh anggota polis tersebut. Dan kesilapan ini sepatutnya tidak berlaku. Kesilapan mereka menyebabkan satu jiwa terkorban atas sebab yang kita tidak pasti.


Dan dalam pasukan polis itu sendiri, bukankah ada prosedur yang perlu dipatuhi untuk melepaskan tembakan? Contohnya, anggota tersebut berada dalam keadaan yang terancam barulah boleh melepaskan tembakan. Kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku.

Rasanya, masih terasa hangat kan masa pengumuman keputusan spm hari tu. Ada yang gembira, sedih dan tak kurang juga, yang kata "eh, aku dapat ni je"?
Atau mungkin,
"eh, tak sangka aku boleh dapat keputusan macam ni"

Dan dalam kita tak sedar, ada berlaku kesilapan dalam keputusan mereka. macam si Amirah ni, kalau korang nak tau, masa keputusan spm dikeluarkan, dia hanya dapat D untuk subjek bahasa english. Dan disebabkan grade D tu, semua spoil katanya. Tapi, korang tau tak dia pergi minta buat semakan semula? Dan apa yang mengejutkan, keputusan bahasa english dari D ke A! Wah tak sangka!


Dan bagi aku, ianya satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku kan? Dah semua spoil gara-gara D tu, tau-tau selepas semakan semula boleh dapat A! Korang tau tak, disebabkan kesilapan tu masa depan seseorang boleh terjejas. Dan bayangkan kalau semakan semula tak dibuat? Kesilapan Yang sepatutnya tidak berlaku!

Aku paling kesian kat seorang senior aku ni. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya dia dah graduate semester lalu. Dan sepatutnya semester ni dah masuk ijazah. tapi entah apa sebabnya dia tak dapat tawaran ke program ijazah walaupun dapat keputusan yang baik. Member yang lain dapat pula. So, bila cek dekat hal ehwal pelajar (HEA) korang tau, dia disenaraikan sebagai pelajar repeaters yang perlu repeat beberapa subjek yang dia dah lulus sebelum tu.


Disebabkan hal ni, dia tak dapat nak sambung study ke program ijazah pada masa yang sepatutnya. Kesian kan? Kalau aku, mesti mood nak sambung study tu dah kurang. Kesilapan yang tak sepatutnya berlaku. Benda ni besar kesannya pada orang lain dan boleh menjejaskan masa depan.

Kalau macam ni lah buat kerja, asyik nak buat keislapan saja, macamana? Lebih-lebih lagi perkara serius macam ni. Kalau diorang ni kena saman, ok tak?

4 Komen:

Mohd Shahrul Hafizi said...

Aku juga mangsa keadaan.

sI tEDI said...

kesilapan yg di sengajankan itu mmg satu kesilapan yg nyata.

kesilapan yg tak di sengajakan mmg mengundang rsa sakit hati

azuan said...

sokong tedi huhuu~
memang batut semangat nak belajar kalau cam si amirah tue huhuu

ain fathihah said...

semua orang buat silap, tapi kalau kesilapan tu sebab sikap sambil lewa, dan menjejaskan pula hidup orang lain...perghh, memang hangin lah!