Keputusan Kemasukan Ke IPTA Diumumkan Hari Ini


Kepada semua budak-budak lepasan SPM, ini adalah waktu yang ditunggu-tunggu.

Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh diketahui bermula pukul 12 tengah hari ini. Berikut diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Kepada calon yang ingin memeriksa status kemasukan, mereka boleh menghubungi talian Helpline di 03-88835848 atau talian Hotline 03-88835858.

Calon juga boleh memeriksa status permohonan mereka dengan melayari;




Calon juga boleh memeriksa status permohonan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888.

Calon-calon yang berjaya pula dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 10 Mei ini. Tarikh pendaftaran penuntut baru bagi program pengajian lepasan SPM/Setaraf ke IPTA adalah pada 3 atau 4 Julai 2010.

Sumber sini.

3 Komen:

.::WaNiE::. said...

good luck kepada sume huhuhu

jane said...

yeeeee aku dah lepas
hahahhahaha

iniAku said...

begitu juga aku..terlepas sudah..huhu