Kemerdekaan Menghampiri

Pernah tak korang, lepas habis saja exam terus melompat sambil menjerit, MERDEKA!! :D

Aku masih ingat masa SPM tahun 2002, hari tu adalah paper terakhir exam. Lepas saja habis exam tu, apa lagi kami semua berteriak merdeka! merdeka! haha. Tapi pengawas peperiksaan kata dengan kami "kamu semua belum merdeka lagi, tunggu keputusan peperiksaan kelur dulu baru betul-betul merdeka"
Haha, kisah zaman remaja. :D

Sekarang dah masuk universiti dah tak pernah buat macam tu, tapi masih lagi cakap dengan kawan-kawan, "weh, aku dah merdeka dah" Kalau dah habis exam. Begitu sinonim dengan perkataan merdeka tu. hehe.


Dan ahad ni, adalah hari merdeka aku :D tinggal lagi satu paper hari ahad ni, lepas tu merdeka! Bukan merdeka 31 ogos tu ye, tapi merdeka habis exam. Tapi jeles tengok rakan-rakan yang lain. Sibuk mengemas nak balik rumah. Diorang dah habis exam. huhu. aku masih disini menghabiskan sisa hidup aku di UiTM Sabah ni.

Tapi takpelah, semester ni pun semester terakhir aku disini kalau aku tak repeat mana-mana paper kali ni. Setakat ni rekod aku masih bersih. Tapi tak tau la pula untuk kali ni. Dahlah paper ahad ni killer subjek. Pernah sekali senior-senior aku, dalam satu kelas tu, lebih separuh fail untuk subjek ni. huhu. Ni yang buat aku risau.

So, harap sangat semua akan ok. pasni nak bercuti sepuas-puasnya. Tidur dan makan puas-puas nak bagi tambah lemak dibadan. haha. Dah lama aku tak balik rumah. Tv pun aku dah lama tak tengok. Tengok ramai orang cerita tentang Adamaya ni macam best je, aku pun nak tengoklah. Aku nak buat macam-macam masa cuti nanti. :D

Holiday, im coming!!

5 Komen:

aduka said...

slamat bercuti!
waaa... merdeka ekk..
jgn lupa byk lagi liku2 dlm idop neh..
=)

Syafiq Kadiran said...

gudluck!!all da best!!!

Kapten said...

cuti2 ni ko cr keja
kekeke


Latest Entri: Ciri Wanita Yang Menawan Lelaki

feelinblue said...

da nak abes pon adamaya hahaha

aku tgh bercuti neh:p

Mohd Shahrul Hafizi said...

Ceh! Dah habis exam rupanya. Patut la rajin bebeno update. Hahaha.