Hidup Ini Hanya Sementara

Sebelum memulakan bicara, rasanya semua tahu tentang pemergian seorang sahabat blogger beberapa hari yang lalu. Walaupun aku tak kenal siapa dia, tapi aku terasa kesedihannya juga. Dia ada dikalangan kita, sebagai seorang blogger. Dah macam sebuah keluarga besar, walaupun di alam maya sahaja.

Berbagai entri ditulis, pelbagai kata diluahkan untuk mengungkapkan bagaimana kita telah kehilangan seorang insan yang baik. Walaupun tak kenal dengan arwah Hisham, namun entri tetap ditulis untuk mengenang beliau. Inilah terjadi pada insan yang baik, orang tetap akan kenang walaupun selepas pemegian.

Pada kita yang masih berpijak dialam nyata ini, ingatlah hidup ni hanya sementara. Jangan cuba cari musuh tapi berusaha untuk cari kawan, mudah-mudahan apabila tiba masa kita pula yang pergi, orang takkan mencebik bibir dan berkata "itu musuh aku"

Tapi berkata "dia seorang yang baik" lalu mendoakan kita. Itu lebih baik bukan?

Fikirkanlah.

8 Komen:

.::WaNiE::. said...

Yep ramai yang bersedih di atas pemergian beliau.

Al-fatihah

maslinamansor said...

akak tak kenal sangat En. Hisham. Tapi akak doakan roh beliau dicucuri rahmat... Al-Fatihah...

QuEeN Of 2 Heroes said...

semoga rohnya dicucuri rahmat...Al-Fatihah...

sI tEDI said...

yup!

blogger bagai satu keluarga besar walau x pernah jumpa.

Al-Fatihah untuk bro Hisham

Hasrol Nizam said...

jgn mencari musuh, biar mencari ramai kawan~

Hazzy Ishak said...

tak kenal arwah juga

Mohd Shahrul Hafizi said...

Kenal kat dunia blogging je. Arwah memang peramah. Apapun, kita yg masih bernyawa, teruslah amar makruf nahi mungkar.

Amirah Rashid said...

tuhan lebih menyayangi dia :')