Furry Vengeance Best!

Siapa dah tengok filem Furry Vengeance lakonan Brendan Fraser? Kalau korang dah tengok mesti korang kata best kan? Semalam aku berkesempatan menonton filem ni. Apa aku nak kata, filem ni memang best. Penuh dengan unsur kelakar. Dalam cinema tu, tak henti-henti kitorang ketawa sampai perut aku rasa cramp. haha

Ok, sedikit tentang filem ni; ianya mengisahkan bagaimana sekumpulan binatang cuba menyelamatkan hutan tempat tinggal mereka dari sebuah syarikat pemaju yang ingin memajukan hutan tempat tinggal mereka menjadi sebuah kawasan perumahan. Dan dalam usaha binatang-binatang tersebut, mereka menyebabkan hidup pengurus projek berkenaan Dan Sanders (Brendan Fraser) kelam kabut.

Macam-macam aksi lucu dalam filem ni, termasuklah si Dan memakai pakaian isterinya sebab pakaianya dicuri oleh sekumpulan skunk, dia dikejar oleh burung helang dah dia diseksa oleh seekor beruang dalam tandas bergerak. haha. Memang sebuah filem komedi yang sangat menarik.

Sebelum masuk dalam cinema, sebenarnya aku rasa cerita ni macam tak best saja. Tapi aku ikut jelah kehendak orang kan. Tapi lepas menonton cerita ni, aku rasa ianya berbaloi. Aku syorkan pada siapa-siapa yang tengah menghadapi tekanan, sila tengok filem ni. Memang berbaloi.

Lepas ni filem apa lagi nak tengok?

10 Komen:

.::WaNiE::. said...

nightmare!!

Anonymous said...

clash of the titan!!! best!!

Amirah Rashid said...

lehh. aku igtkn iron man 2. haha. x sgke kau minat jgk cite2 mcm ni :D

Kyuubi_85 said...

@.::WaNiE::., nightmare? si dan punya nightmare tu ke? hehe. best filem ni :D

Kyuubi_85 said...

@Anonymous, yeke? tak tengok lg la filem tu. huhu

Kyuubi_85 said...

@Amirah Rashid, weh mira ko ingt aku ni tngok filem perang2 je la ni? haha. nak juga release tension jap :D

maslinamansor said...

Dah kuar ke movie nie?

Ingatkan tengok iron man 2..

rossoneri said...

yup,nightmare...cerita furry vengeance nih,rasa macam xberbaloi nak tengok kat wayang eheeeee.. kalau kat rumah rilek2 tgk dvd,citer nih sesuai lah

Kyuubi_85 said...

@maslinamansor, dah lama kak. dia kuar 6hb lagi kat malaysia

Kyuubi_85 said...

@rossoneri, kenapa eh? sebab kat rumah takde org peduli nak gelak kuat2 eh? hehe