Entri Aku Penuh Spam Komen

Demi memudahkan pengomen untuk komen dalam blog ni, aku dah disable semua yang difikirkan akan menyusahkan ketika nak komen entri termasuklah word verification. Aku juga cuba tukar blog ni dari nofollow kepada dofollow. Tapi tak taulah berjaya ke tak aku tukar. Tak mahir sangat lagi ni. Yang aku tau, menulis saja.

Dan bila aku ingat blog ni dah mesra readers sikit, ianya menimbulkan masalah lain pula. Salah satu entri aku dipenuhi spam komen. Entri tersebut berkenaan dengan Penangan facebook. Hari tu nak cek email macam biasa. Bila buka email, ada satu email kata anonymous has leave a comment. Aku tak heran sangatlah, mungkin ada anonymous nak drop komen kan.

Tapi semalam, aku dapat lagi email yang sama. Dan bila aku cek email tu, dalamnya hanya alamat web dari mana entah aku pun tatau. Kalau sikit punya komen, oklah. Korang tau, nak dekat 20 komen macam tu. Penuh dengan alamat website yang aku tatau apa bendanya. Nak cek pun malas.

 Sceenshot spam komen tu

Aku yang tengah bengang tak dapat view blog sendiri termasuklah nuffnang bertambah bengang. aku masuk entri tu, nasib dapay masuk walau terpaksa tunggu sejam. Dah tu, aku delete semua komen diorang tu. Cis! Apa punya anonymous yang nak buat spam.
Tulah taktik kotor diorang nak dapat naik Page Rank dengan cepat. Kalau ya nak naik cepat, buatlah cara baik. Ni tak. Hantar entah bot mana lepas tu tinggal komen macam tu. Cis!

Nak enable balik word verification tu, nanti kang ada pula nak suruh buka balik. Nak bagi orang yang ada akaun google je boleh komen, tapi kesian juga dengan anonymous yang betul-betul nak komen kan?

Takpelah, kalau ada lagi senang je. Aku delete satu-satu.

5 Komen:

sI tEDI said...

letak je verification.

org kalau suka masuk blog kita... 20 perkataan pun deran sanggup taip.

jgn pening2 kepala

.::WaNiE::. said...

ok camtu tiap kali aku letak komen ko bayar 20sen sebab kene taip word verification

okey??

ahahaha

Kyuubi_85 said...

@.::WaNiE::. haha. aku hutang dulu. haha

Kyuubi_85 said...

@sI tEDI aku malas sebenarnya nak letak benda tu. nantilah aku buat. mungkin comment moderation lg ok kot

zati said...

miahaha..dulu ada je benda2 nie menyemaks..ingat kan orang komen entri..perghhh sekali spam...

dah banyak kali..sakit hati punye pasal..aku set kan ANON are not allowed muehehehe

bila dah settings camtu..baru senyap ko wahai spam..lala,tak da keje aku nak delete spam camtu haha