Benda Yang Aku Tak Suka Dalam Blog

Kalau korang tengok blog aku ni, sangat simple kan? Betul tak, atau aku je perasan lebih nak mampus. haha. Tapi sejujurnya aku suka sesuatu yang simple dan tak complicated dan serabut. Macam tu jugalah yang aku buat kat blog ni. Aku nak buat paling simple yang boleh.

Sebab tu, bila aku jalan ke blog-blog orang, banyak benda yang buat aku rimas sebenarnya. Tapi kadang bila internet laju, ditambah pula semangat nak jalan-jalan tu kuat, aku redah saja asalkan dapat memenuhi keinginan aku nak blogwalking. hehe Cuma kadang dalam hati tu geram juga ya bila benda yang kita tak suka, ada pula kita jumpa dalam perjalanan merentas alam maya ni.

Jadi, hari ni, tergerak hati aku nak tulis beberapa benda yang kau tak suka ada di dalam blog. Dan sebab tu la juga korang takan umpa benda tu dalam blog aku.

Iklan pop up
Aku paling geram bila ada benda ni. Baru nak klik pada blog, terus keluar benda entah apa. menggangu mood aku buat seketika. benda ni pun korang takan jumpa kat blog aku kan? :D

Lagu
Korang masuk blog kau ada dengar lagu tak? Takde kan? Sebab benda ni pun aku tak suka sebenarnya. Best ke tak best ke lagu tu, aku tak suka. Dah la lagu tu tersekat-sekat macam dvd tersangkut dalam player. pernah sekali tu, aku dengan member seorang tu dalam bilik. Dan aku tengah layan lagu sambil jalan-jalan di blog orang, tiba-tiba sampai kat satu blog tu, keluar lagu entah apa-apa sampaikan emmber aku tu tanya, "weh, dari mana lagu tu"? mood down.


Word Verification
Yang ni pun aku tak suka juga. Lecehlah nak komen kalau ada benda ni. My style masa nak komen lain sikit. Aku baca entri, pastu type komen. Bila tekan je button publish tu, terus blah. tapi yang tak bestnya bila fungsi word verification tu keluar. Ingatkan dah settle. tup2 ada plak nak verify lagi. Kalau takut sangat spam, letak je comment moderation kan senang. Kalau korang tak suka komen tu, delete je. Kalau korang nak tahu, blog aku selalu jadi mangsa spam komen ni.

Iklan Yang Tak Habis-habis
Yang ni pun aku tak suka juga. Memanglah kita nak generate sikit duit dari blog kan, tapi janganlah keterlaluan. Nak letak sana sini iklan. Sana pop up, sini kelip-kelip. Sebelah pula lompat-lompat. Pening kepala nak cari entri. Senang cerita, cari je shoutbox. Pastu blah.

Itulah antara benda yang aku rasa paling annoying dalam sesebuah blog. Aku memang tak suka masuk dalam blog macam ni. Tapi kadang aku masuk juga blog macam ni. Cuma menyumpah-nyumpahlah dalam hati. hihi. So, kalau tak nak jadi blog annoying, bagilah blog tu nampak kemas dan cantik. Simple tapi menarik.

12 Komen:

salju said...

betul2 stuju.....
mcm2 sangat...blog aku pun mcm tu jgk kot...

jane said...

wahahhaahha
yg lain aku stuju ngn ko

tp bab letak lagu
aku suka..hahhhahaha

tp kalo ko tk suke lagu blog aku, ko tkan la butang stop playlist tu
senyap la dia
weeeeeeeee~
hahahah

Yatre Hayati said...

dulu taruk word verification..tapi skang dah buang sebab kita pown rasa malas nak komen bila ada word verification ni...hahah..

bagus entry ini...=)

kawie2020 said...

ko nyampah x datang blog kawie?

ika honey bunny said...

Semua betul. sangat setuju dgn Kyuubi.
Mengganggu jiwa owh, lagi2 kalau blog tu pasang lagu autoplay yang lagu tahapehape.

amirah said...

tapi kalau lagu best n kena ngn jiwa layan gak

Ibu Mifzal Arsyad said...

sy pun setuju..paling x minat bila ada lagu...selalunya kalai mood blogwaling.sy sure off speaker.

eh nak tanya...cemana nak hilangkan pop-up tu ya..sy pyn tensen bila ada pop-up yg mengarut2 tu...share la...

Hazzy Ishak said...

yess!
blog ku tak ada

kyo_9 said...

pasal lagu memang ak setuju..
tp comment moderation tuh, cam leceh jerk~
better ade word verification, elok letak terus bawah komen.. xde la dah tekan publish baru nk suruh type words= -_-"

fiD said...

@Yatre Hayati

setuju yg nie!

Anonymous said...

I think you have a great page here… today was my first time coming here.. I just happened to find it doing a google search. anyway, good post.. I’ll be bookmarking this page for sure.

Miza Yusof said...

tergelak-gelak baca entry ni. HAHA