Benarkah Kiamat Semakin Menghampiri

Benarkah ianya semakin menghampiri? aku pun Tatau tapi menurut Ramalan nostradamus, ianya akan berlaku pada 12/12/ 2012. Kalendar Mayan pula terhenti pada tarikh itu menyebabkan banyak ilmuan dari seluruh dunia mengesyaki bahawa ia ada kaitan dengan hari kiamat dunia.

Sebenarnya, aku dah pernah tulis benda ni dalam entri 12 Disember 2012 hari kiamat. Tapi baru-baru  ni, aku ada terjumpa satu gambar dalam facebook (facebook lagi) yang menyatakan Nasa bersetuju ada kemungkinan matahari akan terbit dari barat dan tenggelam di timur. Adakah ini satu petanda bahawa kiamat sudah dekat?

Banyak bukti yang menyokong benda ni, contohnya kalendar mayan tu, dan juga ramalan nostradamus. Siapa yang masih tak kenal dengan nostradamus, pergi baca ni, siapa nostradamus

Dan kalau kita lihat keadaan dunia sekarang ni, macam tak mustahil kiamat akan tiba. Dengan sifat manusia yang semakin menjauhi kebaikan dan banyak melakukan kejahatan, kemusnahan yang dilakukan oleh manusia itu sendiri terhadap bumi, seakan kita sendiri yang menyebabkan dunia ni semakin hancur.

Walaupun kita tidak pasti sejauh mana kebenaran benda ni, namun sama-samalah kita memberi ingatan antara satu sama yang lain. Bersedia sebelum tibanya waktu itu, kerana bila tibanya saat itu, tiada yang mampu kita lakukan kerana ianya datang seperti pencuri dimalam hari. Tidak akan ada yang bagi kita isyarat secara tepat kedatangannya.

3 Komen:

.::WaNiE::. said...

thanks for sharing

ainShahajar said...

sahabat Rasulullah S.A.W pernah bertanya, bilakah kimaat

Baginda menjawab sambil menunjukkan dua jari telunjuk dan jari hantunya.

'umpama jarak dua jari ini'

sangat dekatkan? memang benar. tidak dipertikaikan

dee love eiffel said...

memang byk tanda tanda tu bule tgk.. tq saling ingat mengingatkan.