Bak kata Pepatah, Seperti Kacang Lupakan Kulit

Wah! penatnya. Aku baru saja habis program kursus sebelah malam. Balik saja bilik, on laptop terus nak update blog. hihi. Aku rasa aku dah ketagih nak menulis dalam blog aku ni. mau nak aku update 10 kali sehari pun rasanya tak cukup. Tapi entri merapu sajalah semuanya. hihi. Takde ilmu boleh dapat dari baca blog aku ni.

Sebenarnya tadi petang kitorang buat satu aktiviti luar yang perlukan kami keluar ke pusat bandar. Kami diberi satu kerja untuk buat promotion kepada at least 3 orang awam. Macam berat saja tugasan kali ni. Tapi dah dusuruh buat, sabar sajalah. huhu. So dengan semangat group aku pun buatlah kerja seperti yang disuruh.

Tapi satu kejadian yang aku tak suka dan aku sifatkan sebagai kacang lupakan kulit. Masa tu kami try nak promote pada seorang mak cik tu. Bila kitorang perkenalkan diri dan tempat kami belajar, mak cik tu dahlah buat muka sombong, dengan laju je berlalu sambil kata, "weh aku pun graduate dari tempat korang study sekarang lah"
WTF!

Habis tu, kalau ko pernah study kat tempat yang sama dengan aku, why not ko sokong kitorang kan? Ni tak. dengan muka sombong lalu je. Tak nak layan pun group aku tu. Macam tulah aku sifatkan sebagai kacang lupakan kulit. Tak ingat dia, mungkin kalau tanpa institusi pendidikan tu, tak mungkin dia berada dimana dia berada sekarang ni. Mungkin juga Malaysian mentaliti, susah sangat nak tolong menolong untuk sama-sama nak maju.

Tapi, apa nak buat. Itulah sikap segelintir masyarakat. Bila dah maju sikit, dah tak nak tengok orang lain yang baru nak naik. Susah nak diubah.

8 Komen:

Kie-yu said...

kalo kacang lupakan kulit
moh kite ramai2 lupakan kacang..
baru dia tau langit tinggi ke rendah
hehe =p

deus X machina said...

sekeh je makcik tu...kerek tol

Kyuubi_85 said...

@Kie-yu, haha. betul kata kau. :D bagi dia rasa sikit la..

Kyuubi_85 said...

@deus X machina, kang diorang kata tak hormat org tua plak main sekeh2 makcik.

Syafiq Kadiran said...

mak ai...kerek giler...macam da bgos sgt je...

maslinamansor said...

Tak pernah jumpa orang sekasar bahasa begitu... tambah2 lagi perempuan..

Drama Mama said...

camni la...taknak support orang sendiri. betul lah kacang lupakan kulit

http://twinkywinkystars.blogspot

Jamal Rafaie said...

apa la nak dibanggakan sangat dengan pendidikan kita tu? Kos belajar pun kerajaan yang banyak tanggung.. aduhai.. sabar2..