Anime : Naruto

Kalau korang baca profile aku tu, korang akan tahu aku sebenarnya peminat setia Anime naruto. Jadi agak peliklah kan seorang peminat anime macam aku ni tak tulis apa-apa pasal anime. So hari ni aku nak share sikit kepada korang semua pasal anime kegemaran aku iaitu Naruto. Aku sebenarnya mula minat anime ni lepas ianya ditayangkan di TV3 lama dulu, tapi dah tak ingat bila sebenarnya anime ni mula ditayangkan.

Ok, balik kepada naruto, anime ni sebenarnya ditulis Oleh Masashi Kishimoto bermula pada tahun 1999. Siapa yang tak tahu pasal naruto, ianya mengisahkan seorang budak lelaki Uzumaki Naruto yang menjadi host kepada seekor musang 8 ekor yang pernah memusnahkan Kampung mereka, kampung Konoha.


Disebabkan benda ni, naruto disisihkan oleh orang-orang kampungnya. Namun, Naruto tidak pernah berputus asa untuk mendapat perhatian dripada orang di kampungnya. Dia juga masuk ke satu sekolah ninja untuk belajar menjadi seorang ninja. Dan bermulalah kisah Naruto sebagai seorang ninja.

Berbagai cabaran dan halangan yang ditempuhi naruto dalam hidupnya. Dia juga bercita-cita menjadi Hokage, ninja yang terkuat di kampung Konoha.

Memang best anime ni, bukan sahaja kita berhibur tapi juga terselit unsur-unsur kemanusiaan dalam Anime ni, seperti persahabatan, moral dan sikap yang tidak mudah berputus asa dalam menghadapi hidup yang penuh dengan cabaran.

So, kepada siapa yang minat dengan manga ni, korang boleh pergi di  narutocentral untuk dapat lebih banyak info pasal manga ni. Korang boleh download dan baca online dari sini. Versi anime juga terdapat disini unutk download. Tempat ni memang khas untuk anime naruto sahaja.

Ada juga tempat lai korang bleh pergi selain dari sini, contohnya Onemanga untuk baca manga ni dan juga manga yang lain. Dan kalau korang nak download versi anime ni, korang boleh pergi realitylapse

p/s : Lepas ni, kalau dapat aku nak update setiap episod naruto terbaru, khas untuk peminat naruto :D

5 Komen:

.::WaNiE::. said...

tak minat naruto

minat chibi maruko chan boleh ahahahah

maslinamansor said...

akak suka sailormoon... heheheh

zul efron said...

gua layan sampai orochimaru je..
lepas tu gua stop..

gua layan buku pelajaran pulak..

Amirah Rashid said...

hagemaru plg aku suke. sbb dye kerek gila. haha ;D ehh, prasan tak baju baru Gaara(btol ke eja ni? :P) mcm baju melayu? haha ;D

Mohd Shahrul Hafizi said...

Aku dulu masa sekolah menengah je minat. Pastu dah stop. Hahaha.