2 Dah Lepas, 2 Menunggu

Tajuk entri yang macam pelik. haha

Sebenarnya saja nak cerita bahawa dah dua paper aku dah habis untuk exam kali ni. ETR300 dan subjek aku baru habis semalam, CHM300. Macam senang je soalan semua tapi tulah, lecturer suka buat soalan tricky. Nampak macam Senang, tapi bila buat salah je memanjang. huh~

So, dua dah habis, tinggal dua lagi masih menunggu giliran. Lama lagi, ada dalam enam hari lagi nam tunggu, so sempat lagi nak baca notes semua. Tapi huh gila, ada beratus slide nak kena baca dan nak faham semua? Memang gila la jadinya.

Tapi tulah pasal, siapa suruh tak belajar awal-awal dulu kan? Asyi nak main je, belajar bukan nak ingat. Nak exam, baru terhegeh-hegeh nak baca buku. :P So tips pelajar cemerlang  dari kyuubi, sila baca buku awal-awal dan buat nota dan soalan-soalan past exam. Nanti taklah gelabah dan tension sangat nak dekat exam ya adik-adik. hehe

So, lepas ni aku terpaksa berhempas pulas nak baca untuk baca BIO320 yang belajar pasal taxonomy tu dan CHM360 inorganic chemistry. huh~

Kalau aku tak terupdate blog ni, faham-faham la korang aku tengah berguguran air mata nak hafal nota. hahaha~

Cheers~

6 Komen:

tirah watif said...

bai! nanti nak nota!
hahaha!

p3perak said...

alaa... x jadi 1st ke?? wakakak..

hahaha.. aku dah leh ber-relax bro.. hehehe

mamawana said...

Gud mornin...Salam...

Selamat sukses....

.::WaNiE::. said...

ada lagi 2

good luck kali 2

hahaha

amirah said...

adess terasa...
tp mmg betulla kena wat notes ciap2
ni tak, buku rujukan aku pon bau kedai lagi..
skg xm dh abes..apa2 pon start sem dpn le jwbnya

kyuubi, all the best

Yatre Hayati said...

eh kyuubi amek course ape ek?? siap amek inorganic chem nih...